Tempoh Percubaan VEP Mulai Esok

Diterbitkan: Selasa, 31 Mei 2016 8:17 PM

(Ubah saiz teks)

JOHOR BARU: Sistem Permit Kemasukan Kenderaan (VEP) bagi kenderaan asing yang masuk ke negara ini melalui Singapura akan bermula dengan tempoh percubaan, mulai Rabu.

Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah negeri Datuk Ir Hasni Mohammad berkata mulai tengah malam Selasa (1 Jun), sistem VEP akan mula digerakkan bagi tempoh percubaan sehingga 15 Julai depan.

"Bagi caj VEP, hanya RM20 akan dikenakan mulai 16 Julai. Sementara, pendaftaran kenderaan untuk VEP sehingga hujung tahun ini," katanya.

Sehingga kini, lebih 120,000 kenderaan dari Singapura mendaftar dengan sistem VEP.

Dianggarkan sebanyak 60 peratus kenderaan dari satu juta kenderaan yang keluar masuk Malaysia melalui dua pintu keluar masuk dalam tempoh sebulan merupakan kenderaan dari Singapura, menurut Hasni.

Beliau berkata tempoh percubaan dua minggu yang akan dikendalikan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) adalah bagi memastikan keberkesanan dan ketahanan sistem VEP agar berjalan dengan lancar.

"Selain itu, sistem ini juga akan mengesan kenderaan berdaftar Singapura yang dikenakan saman dan mereka perlu membayar saman sebelum memasuki Malaysia.

Ini memandangkan jumlah kenderaan Singapura yang tidak membayar saman masih satu jumlah yang besar," katanya.

JPJ juga menyediakan kaunter khidmat selama 24 jam yang akan menempatkan kakitangan bekerja dalam tiga syif bagi memastikan operasi dan sistem VEP berjalan lancar.

Selain itu, pengguna juga boleh mendapatkan bantuan daripada pegawai JPJ yang bertugas sekiranya berlaku sebarang gangguan semasa menggunakan sistem VEP itu, kata Hasni.

"Untuk tempoh terdekat, kita jangkakan akan berlaku kesesakan tetapi tidaklah teruk.

"Maklum balas yang kita terima daripada pengguna kenderaan dari Singapura bukanlah kerana mempersoalkan pelaksanaan VEP tetapi lebih kepada kelancaran pelaksanaan sistem yang dikhuatiri sekiranya tidak lancar boleh berlaku kesesakan," katanya.

Beliau berkata JPJ juga telah menggembleng seluruh kakitangannya dan turut memohon pertambahan anggota bagi memastikan sistem operasi VEP berjalan lancar. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: sistem operasi VEP , Hasni Mohammad

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Kolumnis

iklan

Iklan