Sisa Makanan Di Malaysia Mampu Beri Makan Jutaan Orang Dalam Sehari

Diterbitkan: Selasa, 31 Mei 2016 11:40 AM

- Gambar hiasan

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Setiap tahun, purata sebuah isi rumah di Malaysia membazirkan lebih dari satu bulan gaji dengan membuang makanan yang tidak dimakan, demikian kajian yang dilakukan oleh Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp).

Makanan yang dibuang oleh rakyat Malaysia bukan sahaja menjejaskan poket mereka, tetapi ia dianggarkan cukup untuk memberi makan berjuta-juta orang setiap hari.

Kajian ini mendapati bahawa kira-kira satu perempat daripada makanan yang dibazirkan oleh rakyat Malaysia datangnya semasa penyediaan, pengeluaran dan penggunaan.

"Dalam satu kajian yang dijalankan oleh SWCorp, isi rumah dengan lima orang membelanjakan purata RM900 untuk makanan semata-mata.

"Jika kita mengambil kira hakikat bahawa satu perempat daripada makanan dibazirkan semasa penyediaan, pengeluaran dan penggunaan, nilai makanan yang dibuang ke dalam tong sampah setiap bulan adalah bersamaan dengan RM225," kata pegawai kawalan alam sekitar Bahagian Teknologi Penyelidikan SWCorp Agustina Fithri Kasmaruddin.

Dalam setahun, jumlahnya adalah RM2,700, lebih dari RM2,400, iaitu gaji bulanan purata bagi seorang individu di kawasan bandar, menurut laporan kajian Gaji & Upah Jabatan Perangkaan 2014.



Satu lagi kajian yang dijalankan oleh SWCorp menunjukkan bahawa rakyat Malaysia menjana 38,000 tan sisa pepejal setiap hari pada 2016, di mana 15,000 tan datangnya daripada sisa makanan.

Kajian mendapati bahawa 20 peratus atau 3,000 tan metrik sisa makanan ini boleh dielakkan.

Agustina berkata sisa makanan yang boleh dielakkan adalah makanan yang masih boleh dimakan apabila ia telah dibuang, sambil menambah bahawa 'orang ramai sukar menghabiskan makanan di pinggan mereka'.

"Berdasarkan kajian SWCorp ini, berat purata makanan seseorang individu adalah 0.45kg bagi setiap makanan.

"15,000 tan sisa makanan boleh memberi makan kepada 11 juta orang, tiga kali sehari," kata Agustina.

Sisa makanan boleh dielakkan, menggunakan logik yang sama, boleh memberi makan kepada 2.2 juta penduduk dengan tiga hidangan penuh sehari.

"Ia amat membimbangkan. Melihat kepada ekonomi sekarang, ada yang sedang menderita. Sesetengah daripada mereka tidak mampu untuk makan," kata Agustina.

Sisa makanan, dari sisi lain, adalah makanan yang dibuang oleh peruncit dan pengguna, misalnya makanan yang tidak terjual yang dimusnahkan oleh sebuah pasar raya selepas ia melepasi tarikh luput serta makanan yang tidak dimakan di buffet hotel.


Tags / Kata Kunci: sisa makanan , SWCorp , sisa pepejal

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan