Takiyuddin Orang Paling Sibuk Menjelang Muktamar PAS, PRK

Diterbitkan: Selasa, 31 Mei 2016 3:55 PM

Datuk Takiyuddin Hassan

(Ubah saiz teks)

KOTA BHARU: Datuk Takiyuddin Hassan sangat sibuk sejak akhir-akhir ini dan tidak mendapat rehat secukupnya sejak pilihan raya negeri Sarawak diadakan.

Sebagai Setiausaha Agung PAS, beliau kini menjadi orang penting untuk muktamar parti yang ke-62 yang akan bermula secara rasmi, Rabu.


Tetapi tugasnya tidak terhenti setakat muktamar kerana beliau turut bertanggungjawab terhadap urusan dua Pilihan Raya Kecil (PRK) di Sungai Besar dan Kuala Kangsar, berkempen pada bulan Ramadan sehingga hari pengundian pada 18 Jun.

"Kerja saya tak pernah habis dan ia semakin menghampiri saya, begitu banyak yang perlu dilakukan.

"Bukan sahaja secara fizikal, tetapi juga cabaran mental menangani hal-hal parti dengan media apabila timbul beberapa isu," kata beliau dalam satu temu bual di sini,Selasa.


Mengenai muktamar, Ahli Parlimen Kota Baru ini telah ditanya mengapa sesi taklimat di antara perwakilan dan pemimpin tertinggi diadakan secara tertutup.

Takiyuddin dengan selamba menjawab: "Kerana ia bukan terbuka."

Beliau menjelaskan bahawa taklimat itu sebagai "lebih kepada hal keluarga dan janggal bagi orang luar untuk mendengar perbualan antara ahli keluarga".

Apabila ditanya sama ada sesi ini diadakan untuk memastikan para perwakilan tidak membuat kacau atau menimbulkan kontroversi dalam perbahasan mereka berhubung ucapan presiden, Takiyuddin menegaskan bahawa tiada apa yang pelik tentang taklimat tertutup itu, yang turut dilakukan oleh Umno sebelum ini.

Hampir semua muktamar sebelum ini berlangsung dengan perbahasan hangat dan dramatik, paling ketara pada tahun lepas.

Pertemuan Jun lalu berakhir dengan perpecahan dalam PAS dan membawa kepada pembentukan parti serpihan Parti Amanah Negara.

Untuk muktamar kali ini, Takiyuddin dilihat masih tidak dapat memastikan ia akan berjalan lancar tanpa sebarang masalah.

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan