Parti GenBaru Tawar Syed Saddiq Tanding PRK

Diterbitkan: Selasa, 31 Mei 2016 9:00 AM

Syed Saddiq

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Parti Generasi Baru (GenBaru) menawarkan peluang kepada pendebat terbaik Asia, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman untuk bertanding di salah satu daripada dua pilihan raya kecil (PRK) akan datang.

Parti itu, pada Isnin menulis di Twitter bahawa pihaknya telah mengadakan mesyuarat majlis tertinggi untuk berbincang mengenai PRK Kuala Kangsar dan Sungai Besar.

"Kami bersedia untuk melantik @SyedSaddiq sebagai calon dalam PRK Sg Besar atau KK jika dia berminat," kata parti itu.

Dalam reaksinya, Syed Saddiq berkata beliau tidak akan menerima tawaran itu.

"Saya rendah diri (dengan tawaran itu) tetapi tidak saya tidak akan menerimanya," katanya kepada The Star Online.

Beliau berkata bahawa parti itu juga masih belum menghubunginya.

Syed Saddiq menjelaskan bahawa beliau tidak berminat untuk bertanding kerana ia akan memecahkan undi dan terdapat banyak cara lain untuk menyumbang dalam dua pilihan raya kecil itu, seperti turun padang untuk berkempen.

"Tetapi apa yang saya pasti akan lakukan adalah turun ke peringkat akar umbi untuk melobi dan berkempen di PRK Kuala Kangsar dan Sungai Besar," katanya.

Syed Saddiq menambah bahawa beliau baru sahaja menamatkan ijazah undang-undang di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan berhasrat untuk melanjutkan pengajian di peringkat sarjana.

Parti GenBaru, diasaskan oleh bekas pemimpin MIC dan PKR S. Gobi Krishnan.

Parti itu adalah salah sebuah daripada 20 parti politik yang diluluskan oleh Pendaftar Pertubuhan pada tahun 2013.

PRK Kuala Kangsar dan Sungai Besar bakal berlangsung pada 18 Jun, dengan penamaan calon pada 5 Jun ini.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan