Najib Gesa Syarikat Tempatan Cari Peluang Perniagaan Baharu

Diterbitkan: Selasa, 31 Mei 2016 11:33 PM

Najib Tun Razak.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menggesa syarikat Malaysia untuk keluar dan mencari perniagaan dan peluang baharu bagi memastikan perniagaan mereka berkembang lebih pantas.

"Jangan terlalu bergantung kepada buruh asing atau sektor-sektor yang terlalu tradisional, pergi keluar dan cari peluang baharu dan perniagaan baharu yang akan menjadikan syaikat anda berkembang lebih pantas," katanya.

Najib juga menggesa perniagaan di Malaysia menumpukan kepada inovasi, kecekapan, produktiviti dan daya saing untuk membina ekonomi yang lebih inklusif dan mampan.

"Ini akan membina ekonomi yang lebih mampan dan inklusif agar Malaysia boleh mengekalkan kelebihannya di rantau ini dan di luar darinya," katanya dalam ucapan alu-aluan pada ASEAN Business Awards Malaysia 2016 (ABAM 2016) di sini, Selasa.

ABAM 2016, anjuran Majlis Penasihat Perniagaan ASEAN (ASEAN-BAC) diadakan setiap tahun bagi mengiktiraf syarikat yang berjaya di peringkat kebangsaan dan  terbukti menyumbang kepada ekonomi negara dengan berkembang ke rantau ASEAN.

Najib yang turut menyampaikan anugerah kepada penerima ABAM 2016, juga menggalakkan syarikat-syarikat tempatan untuk merebut peluang besar ditawarkan Komuniti Ekonomi ASEAN (AEC), sejajar kedudukan ASEAN sebagai ekonomi ketujuh terbesar dunia dan dijangka menjadi keempat terbesar menjelang 2050.

"Perusahaan kecil dan sederhana (PKS) mewakili 97 peratus perniagaan di Malaysia.

"Jika cekap serta pantas, PKS ini berpotensi besar mencapai kejayaan, khususnya selepas penubuhan AEC," katanya.

AEC diwujudkan pada 2015 dan disifatkan sebagai satu pencapaian utama bagi penyepaduan rantau ini dengan gabungan nilai Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebanyak US$2.6 trilion serta memiliki 625 juta penduduk.

Sementara itu, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata penyepaduan ekonomi ASEAN tidak boleh dibandingkan dengan Kesatuan Eropah atau perkumpulan serantau yang lain memandangkan ASEAN tidak berhasrat menjadi kesatuan bersifat politik atau mengguna pakai mata wang tunggal.

"Sejak lapan tahun lepas, ASEAN secara beransur-ansur mengurangkan sekatan perdagangan dan kini ia boleh dianggap pasaran bebas cukai.

"Pelaburan dalam sektor perkhidmatan dan pembuatan telah mengalami liberalisasi yang ketara manakala mobiliti individu berkemahiran dan pengunjung perniagaan dipermudahkan melalui peraturan pengiktirafan bersama," katanya.

Walaupun mengatakan sekatan perdagangan telah dikurangkan, Mustapa berkata kerajaan di rantau itu bagaimanapun menyedari lebih banyak usaha perlu dilaksanakan, terutamanya bagi mengurangkan sekatan bukan tarif, mengiatkan liberalisasi perkhidmatan, serta meningkatkan penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi.

"Ini turut termasuk untuk mengubah ASEAN menjadi ekonomi digital, menggalakkan e-dagang, meningkatkan liberalisasi perkhidmatan kewangan dan penyepaduan pasaran modal," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan