Kementerian Pertahanan Mahu Maju Tanah Terbiarnya Untuk Hasil Makanan

Diterbitkan: Selasa, 31 Mei 2016 3:45 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR:Kementerian Pertahanan bercadang menyewa tanah terbiar miliknya bagi menampung keperluan bekalan makanan negara, kata Menterinya Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Beliau berkata kementerian berkenaan akan bekerjsama dengan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani serta syarikat perladangan untuk membangunkan tanah-tanah tersebut.

Pegawai kementerian telah diarahkan untuk mengenal pasti tanah terbiar dan  yang tidak dimajukan untuk disewa kepada pihak yang berminat bagi menanam misalnya dengan padi, jagung dan tanaman lain," katanya kepada pemberita selepas berucap pada Persidangan Meja Bulat Asia Pasifik Ke-30 di sini, Selasa.

Beliau berkata dengan berlakunya kemarau dan banjir, perubahan cuaca, ketidakselamatan makanan telah menjadi perkara keselamatan dan pertahanan.

"Memandangkan tanaman bukan merupakan bidang kepakaran Kementerian Pertahanan, kerjasama inklusif kemungkinan dengan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani dan syarikat-syarikat perladangan sedang difikirkan," katanya.

Dalam ucapannya, selain menekankan tajuk ketidakselamatan makanan, Hishammuddin turut menegaskan kementeriannya juga memandang serius aspek perlindungan pertahanan siber.

Beliau berkata infrastruktur kritikal negara bergantung kepada sistem teknologi maklumat (IT) dan dengan peningkatan ketahanan sistem IT, terdapat keperluan lebih besar bagi kerjasama dan tumpuan antara peranan keselamatan fizikal dan keselmatan siber.

Kerajasama antara negara turut diperlukan bagi menangani ancaman siber secara keseluruhan, katanya.

Beliau turut menyentuh aspek keganasaan, keselamatan maritim terutama berhubung pertikaian kawasan di Laut China Selatan, bantuan kemanusiaan dan bencana.

Mengenai Laut China Selatan, Hishammuddin berkata Malaysia kekal yakin tata perilaku di Laut China Selatan merupakan cara terbaik untuk menangani tuntutan bertindih kepada perairannya sementara langkah rundingan perlu dipergiatkan.

"Kita menyeru semua negara berkenaan agar mengekalkan diplomasi dan perbezaan diselesaikan secara aman menerusi pelbagai platform seperti Asean," katanya.-- Bernama


iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan