Ahli Umno Yang Dipecat Beri Bayangan Tanding PRK Kuala Kangsar

Diterbitkan: Selasa, 31 Mei 2016 3:37 PM

Datuk Hamidah Osman

(Ubah saiz teks)

IPOH: Bekas ahli Umno, Datuk Hamidah Osman berkata beliau mungkin akan bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kangsar.

"Buat masa ini, saya tak mahu komen. Dalam politik, tiada apa yang mustahil," katanya kepada The Star, Selasa.

Pada 24 November tahun lepas, parti itu memecat Hamidah yang juga bekas Exco kanan kerajaan negeri Perak atas sebab disiplin.


Kerusi Parlimen Kuala Kangsar kosong berikutan kematian penyandangnya, Datuk Wan Mohammad Khai-ril Anuar Wan Ahmad.

Wan Mohammad Khai-ril adalah antara enam yang terkorban dalam nahas helikopter pada 5 Mei lalu di Sebuyau, Sarawak.


Terdahulu pada Selasa, Penolong Setiausaha Pemuda Umno Cawangan Pusat Bandar Taman Cempaka Syed Rosli Harman Jamalullail juga mengumumkan hasrat untuk bertanding, dengan berkata beliau tidak berpuas hati dengan keputusan Barisan Nasional (BN) yang meletakkan Datin Mastura Mohd Yazid sebagai calon.

Mastura, isteri kepada allahyarham Wan Mohammad Khair-il, adalah calon BN bagi PRK Kuala Kangsar pada 18 Jun ini.

"Memang benar saya akan bertanding. Saya amat kecewa dengan kepimpinan Umno kerana saya tidak gembira dengan mereka yang meletakkan Datin Mastura sebagai calon," kata Syed Rosli ketika dihubungi.

"Saya pasti beberapa pemimpin di Kuala Kangsar juga kecewa kerana mereka tidak diberi peluang.

"Saya sangat yakin parti akan mengambil tindakan tegas terhadap saya tetapi saya tidak ada pilihan," katanya, sambil menambah parti itu masih mempunyai masa untuk menukar calon sebelum penamaan calon pada 5 Jun.

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Kolumnis

iklan

Iklan