Calon BN PRK Kuala Kangsar Dikenali Ramai Walau Bukan Anak Tempatan

Diterbitkan: Selasa, 31 Mei 2016 9:14 AM

Datin Mastura Mohd Yazid

(Ubah saiz teks)

KUALA KANGSAR: Walaupun Datin Mastura Mohd Yazid, calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kuala Kangsar, bukan anak tempatan, beliau memang cukup dikenali oleh masyarakat di sekitar daerah ini.

Zalihaha Mat Kasa, 69, dari Kampung Kepala Bendang, Sayong berkata Mastura yang berasal dari Negeri Sembilan dikenali sebagai seorang yang berjiwa rakyat dan mudah mesra dengan sesiapa sahaja tanpa membezakan fahaman politik.

"Datin Mastura sering menemani arwah suaminya (Anggota Parlimen Kuala Kangsar, Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad) apabila berjumpa dengan rakyat. Apabila sesiapa jatuh sakit, mereka berdua tidak pernah lupa meluangkan masa menjenguk dan memberikan bantuan.

"Begitu juga apabila ada penduduk kampung mengadakan majlis kenduri, walaupun arwah Datuk Wan sangat sibuk, beliau tidak pernah menghampakan pelawaan penduduk untuk hadir," katanya kepada Bernama.

Malah, menurut Zalihaha seorang peniaga kraftangan, Mastura dan Wan Mohammad Khair-il Anuar juga sangat merendah diri kerana jika ada jamuan, pasangan itu memilih untuk makan bersama dan bukannya menikmati juadah yang dihidangkan khas.

"Kalau ada lauk pauk yang mereka suka seperti masak gulai keladi atau kurma kambing, mesti mereka minta untuk bekalkan untuk bawa balik," katanya.

Senada dengan Zalihaha, Abdul Manaf Abdul Rahim, 60, yang menyifatkan Mastura berkebolehan untuk menjadi wakil rakyat di kawasan ini sama seperti arwah suaminya.

"Sekiranya beliau terpilih menjadi Anggota Parlimen harap dapat meneruskan kesinambungan berkhidmat kepada rakyat seperti arwah suaminya yang sedaya upaya melayan permintaan dan menyelesaikan masalah penduduk," katanya yang merupakan peniaga pisang goreng dan berasal dari Kampung Lada.

Bagi Muhammad Ruzaini Muhammad Tajidi, 28, dari Kampung Laksa, beliau mahukan bakal wakil rakyat mereka nanti seorang yang mesra rakyat dan mampu memahami hasrat serta aspirasi generasi muda.

"Saya mahukan wakil rakyat yang berlaku adil, tidak kisah apa gender sekali pun yang penting dapat menjalankan tanggungjawab dengan baik dan mendengar permasalahan rakyat setempat," kata peniaga laksa itu.

Mastura merupakan seorang graduan undang-undang universiti terkemuka perundangan, Lincoln's Inn di United Kingdom dan pernah bertugas sebagai seorang peguam selama enam tahun.

Ibu kepada empat anak itu juga bergiat dalam dunia politik dan menjadi Anggota Jawatankuasa Umno Bahagian Chembong, Negeri Sembilan sebelum mengambil keputusan untuk berehat dan menumpukan kepada keluarga serta arwah suaminya.

PRK Kuala Kangsar diadakan berikutan kematian Wan Mohammad Khair-il Anuar dalam nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak, 5 Mei lepas.
Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan PRK Parlimen Kuala Kangsar pada 18 Jun, manakala penamaan calon pada 5 Jun ini.

Pada pilihan raya umum ke-13, Wan Mohammad Khair-il memperoleh majoriti 1,082 undi menewaskan calon PAS Khalil Idham Lim Abdullah dan calon Bebas Datuk Kamilia Ibrahim.

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan