Calon Boleh Tidak Hadir Pada Hari Penamaan - SPR

Diterbitkan: Selasa, 31 Mei 2016 8:46 AM

Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menjelaskan dakwaan bahawa pencalonan akan menjadi tidak sah sekiranya calon tidak hadir pada hari penamaan calon, adalah tidak tepat.

Pengerusinya Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah berkata di bawah Peraturan 6 (2) Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Penjalanan Pilihan Raya) 1981, borang pencalonan boleh dikemukakan oleh calon dan pencadang dan penyokongnya, atau oleh mana-mana dua, atau mana-mana seorang daripada mereka.

"Berdasarkan peraturan ini amat jelas tiada halangan dari segi undang-undang sekiranya borang penamaan calon tidak dikemukakan sendiri oleh calon tersebut tetapi boleh juga dikemukakan oleh salah seorang, sama ada pencadang atau penyokong beliau," katanya dalam kenyataan, Isnin.

Beliau berkata di bawah peraturan itu, kertas penamaan calon mesti diserahkan kepada Pegawai Pengurus Pilihan Raya di tempat penamaan antara 9 hingga 10 pagi pada hari tersebut.

"Sama ada sah atau tidak borang penamaan tersebut bagi menentukan kelayakan bakal calon masih tertakluk kepada syarat-syarat yang sedia ada bagi kelayakan seseorang calon sepertimana dalam Perlembagaan Persekutuan dan perundangan bertulis yang berkaitan Pilihan Raya yang berkuatkuasa buat masa ini," katanya.

Isu timbul apabila terdapat pihak yang mendakwa pencalonan Datin Mastura Mohd Yazid bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kangsar tidak sah sekiranya beliau tidak hadir pada hari penamaan calon 5 Jun ini.

PRK Kuala Kangsar diadakan pada 18 Jun ini, setelah Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar yang juga Anggota Parlimen kawasan itu, terkorban dalam nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak pada 5 Mei lepas.
Tags / Kata Kunci: PRK Kuala Kangsar , SPR , penamaan calon

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan