Cuepacs Mohon Kerajaan Pertimbang Bonus Raya Sebulan Gaji

Diterbitkan: Selasa, 31 Mei 2016 7:02 PM

(Ubah saiz teks)

KANGAR: Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) memohon kerajaan mempertimbangkan pemberian bonus raya sebulan gaji kepada 1.6 juta penjawat awam menjelang Aidilfitri nanti.

Presidennya, Datuk Azih Muda berkata pemberian itu sebagai suatu yang wajar dan menjadi keperluan, mengambil kira faktor sempena sambutan perayaan dan kenaikan harga barangan serta kos sara hidup yang kian meningkat pada masa sekarang.

"Melihat pada keadaan ekonomi semasa, permohonan pemberian bonus sebulan ini pastinya memberi sedikit khabar gembira bagi meringankan beban kewangan mereka selain sebagai penghargaan atas perkhidmatan diberikan," katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas tamat Persidangan Perwakilan Tritahunan Cuepacs Perlis Sesi 2016-2019 di Dewan Angkatan Pertahanan Awam (MCDF) di sini, Selasa.

Sementara itu, Azih turut menyeru kerajaan negeri yang berkemampuan serta mempunyai lebihan pendapatan agar turut mempertimbang pemberian bonus kepada penjawat awam di negeri masing-masing.

Cuepacs berpendapat pendekatan seperti dilakukan oleh kerajaan negeri Pulau Pinang yang mengumumkan pemberian bonus tiga perempat gaji kepada penjawat awam daripada jumlah perolehan negeri itu pada 21 Mei lepas," katanya.

Di samping itu, Azih turut menggesa kerajaan mengkaji serta menyelaras elaun semula beberapa kategori elaun penjawat awam yang dirasakan masih tidak releven.

"Sebagai contoh, elaun khidmat awam masih tidak berubah sejak 14 tahun lepas walaupun taraf hidup semakin meningkat manakala elaun sara hidup (COLA) penjawat awam juga tidak seragam.

"Sudah tiba masanya kerajaan menyeragamkan COLA penjawat awam tidak mengira bandar atau luar bandar kerana misalnya di Perlis, harga rumah dan sewa rumah juga adalah tinggi...," katanya.

Justeru, kerajaan perlu bantu penjawat awam di kawasan-kawasan demikian manakala bagi penjawat awam di Kuala Lumpur dan bandaraya yang lain kerajaan boleh wujudkan elaun baharu seperti 'elaun kota' misalnya, kata beliau. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: Cuepacs , bonus

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan