Ahli Umno Bertanding Calon Bebas Akan Dipecat Serta-Merta

Diterbitkan: Selasa, 31 Mei 2016 4:06 PM

Datuk Ab Rauf Yusoh

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Ahli-ahli Umno yang bertanding menentang Barisan Nasional (BN) dalam mana-mana pilihan raya atau pilihan raya kecil (PRK) akan terbatal keahliannya secara serta-merta, kata Setiausaha Kerja Umno Datuk Ab Rauf Yusoh.

"Perlembagaan kami adalah sangat jelas. Jika anda bertanding atas platform bebas atau mana-mana platform lain tanpa persetujuan Umno anda akan secara automatik dipecat," katanya kepada The Star Online, Selasa.

Beliau memberi contoh Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali yang bertanding pilihan raya umum (PRU) 2004 sebagai calon Bebas di kerusi Pasir Mas.

Terdahulu pada Selasa, Penolong Setiausaha Pemuda Umno Cawangan Pusat Bandar Taman Cempaka Syed Rosli Harman Jamalullail mengumumkan hasrat untuk bertanding, dengan berkata beliau tidak berpuas hati dengan keputusan BN yang meletakkan Datin Mastura Mohd Yazid sebagai calon.

Mastura, isteri kepada Datuk Wan Mohammad Khai-ril Anuar Wan Ahmad, adalah calon BN bagi PRK Kuala Kangsar pada 18 Jun ini.


"Memang benar saya akan bertanding. Saya amat kecewa dengan kepimpinan Umno kerana saya tidak gembira dengan mereka yang meletakkan Datin Mastura sebagai calon," kata Syed Rosli ketika dihubungi.

"Saya pasti beberapa pemimpin di Kuala Kangsar juga kecewa kerana mereka tidak diberi peluang.

"Saya sangat yakin parti akan mengambil tindakan tegas terhadap saya tetapi saya tidak ada pilihan," katanya, sambil menambah parti itu masih mempunyai masa untuk menukar calon sebelum penamaan calon pada 5 Jun.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan