MCA: Tindakan Ridhuan Tee Keluar Parti Tidak Mengejutkan

Diterbitkan: Isnin, 30 Mei 2016 9:21 PM

Ridhuan Tee Abdullah.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: MCA tidak terkejut dengan tindakan penceramah bebas Ridhuan Tee Abdullah keluar parti "jika beliau tidak bersetuju dengan kedudukan parti untuk melindungi kepentingan Cina di Malaysia," kata Setiausaha Organisasi Kebangsaan MCA, Datuk Yoo Wei How.

Yoo berkata keahlian MCA terbuka kepada sesiapa sahaja selagi pemohon adalah warganegara Malaysia keturunan Cina.

"Jika mana-mana ahli parti merasakan bahawa mereka bertentangan dengan kedudukan parti, adalah menjadi hak mereka untuk meninggalkan parti," kata Yoo dalam satu kenyataan.

Permohonan Ridhuan untuk menjadi ahli parti itu diluluskan pada 18 Disember 2000 dan beliau merupakan ahli seumur hidup MCA Selangor.

Beliau tidak memegang apa-apa jawatan dalam parti.

Ridhuan mengumumkan keluar MCA sebagai protes terhadap pendirian parti yang menentang hukum Hudud walaupun pelaksanaan undang-undang syariah itu hanya eksklusif untuk umat Islam semata-mata.

Yoo berkata MCA menghormati keputusan Ridhuan untuk keluar parti.

"Jika Ridhuan Tee tidak bersetuju dengan kedudukan parti untuk melindungi kepentingan kaum Cina di Malaysia dan semua rakyat Malaysia terhadap pelaksanaan enakmen hudud PAS dan memilih untuk keluar daripada parti, MCA akan menghormati keputusan peribadinya.

“MCA menjadi parti politik untuk memastikan sistem parlimen berbilang kaum dan sistem demokrasi kerajaan selain memastikan hak-hak sah dan kepentingan masyarakat Cina di negara ini dan kepentingan semua kaum diiktiraf dan dilindungi.

"Sejak Ridhuan Tee tidak bersetuju dengan objektif MCA dan mengumumkan secara terbuka kepada media mengenai keputusannya untuk meninggalkan parti, MCA telah memproses permohonannya itu.

"MCA tidak pernah dan tidak akan menjadi sebuah parti politik pelampau," katanya.



Tags / Kata Kunci: MCA , Ridhuan Tee Abdullah , keluar parti

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan