Terima Lamaran Pada Usia Emas

Diterbitkan: Isnin, 30 Mei 2016 9:39 AM

Salbiah (kanan) dan suaminya Perang ketika majlis akad nikah baru-baru ini.

(Ubah saiz teks)

KULAI: Selepas menolak sepuluh lamaran sebelum ini, Salbiah Solei, 71, akhirnya menerima peminangan individu ke-11 iaitu seorang peneroka Felda berusia 74 tahun.

Salbiah dari Parit Raja, Batu Pahat dan Perang Sedek dari Felda Air Tawar 5, Kota Tinggi telah dinikahkan dalam satu majlis di pejabat agama di sini.

Beliau berkata selepas suaminya meninggal dunia empat tahun lalu akibat sakit tua, adik-beradiknya menasihatkan agar dia untuk berkahwin lagi bagi mengelakkan kesunyian.

"Saya tidak mempunyai anak dan tinggal bersama ibu berusia 107 tahun - Darmi Selamat selepas suami saya meninggal dunia.

"Pada mulanya saya teragak-agak menerima lamaran Perang kerana saya tidak pasti sama ada saya dapat menjaga diri saya, ibu dan suami," kata Salbiah, anak sulung daripada 12 adik-beradik.

Bagaimanapun adik-beradik beliau menggalakkan dia untuk mengambil risiko itu dan akan bergilir-gilir menjaga ibu mereka.

"Suami saya dan saya telah diperkenalkan oleh saudara mara kami pada April lalu," kata Salbiah, sambil menambah bahawa dia menerima cincin emas dan wang sebanyak RM1,000 daripada Perang.

Perang, bapa kepada tujuh orang anak dan datuk kepada 24 cucu berkata dia bersyukur apabila mempunyai seorang teman selepas isterinya meninggal dunia akibat strok kira-kira empat bulan lalu.

Ini adalah perkahwinan ketiga Perang selepas kedua-dua isterinya sebelum ini meninggal dunia kerana sakit.

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan