Pemuda Umno Kempen Secara Berhemah Pada PRK Sungai Besar, Kuala Kangsar

Diterbitkan: Isnin, 30 Mei 2016 10:54 PM

(Ubah saiz teks)

JENGKA: Pemuda Umno akan berkempen secara lebih mesra dan berhemah untuk menghadapi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar pada 18 Jun ini.

Exco Pemuda Umno Datuk Armand Azha Abu Hanifah berkata Ketua Penerangan Pemuda Umno Jamawi Jaafar akan menjadi penyelaras kempen di Parlimen Sungai Besar, manakala Naib Ketua Pemuda Umno Khairul Azwan Harun sebagai penyelaras kempen bagi Parlimen Kuala Kangsar.

"Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin pula akan berkempen di kedua-dua kawasan bagi memastikan gerak kerja kempen berjalan lancar dengan menemui seberapa ramai pengundi," katanya kepada pemberita selepas majlis graduasi 299 pelatih daripada 16 Pusat Giat Mara Pahang di sini, Isnin.

Majlis graduasi itu disempurnakan Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Ismail Mohamed Said.

Selain itu, Armand Azha berkata Pemuda Umno akan bersama Wanita dan Puteri untuk bergerak dalam satu pasukan menjalankan kempen dengan penuh berhemah bagi memenangi hati pengundi di kedua-dua kawasan Parlimen berkenaan.

Mengenai calon BN, beliau melahirkan keyakinan terhadap kewibawaan dan integriti Budiman Mohd Zohdi bagi Parlimen Sungai Besar, dan boleh menjadi kekuatan kepada calon itu memenangi kerusi berkenaan.

"Calon BN pada PRK Kuala Kangsar Datin Mastura Mohd Yazid pula adalah calon pilihan masyarakat tempatan dan dilihat sebagai calon terbaik bagi meneruskan kesinambungan legasi arwah suaminya," kata beliau.

Armand Azha berkata biarpun Mastura tidak dapat berkempen atas faktor masih dalam tempoh edah selama empat bulan sepuluh hari tetapi menerusi peranan jentera Umno dan BN, diyakini kerusi Parlimen Kuala Kangsar akan terus kekal dikuasai parti itu. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Kolumnis

iklan

Iklan