Tiada Laporan Orang Asli Pernah Terlibat Rasuah - SPRM

Diterbitkan: Isnin, 30 Mei 2016 11:27 AM

(Ubah saiz teks)

GERIK: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Perak tidak pernah menerima sebarang laporan mengenai Orang Asli terlibat dalam rasuah atau laporan daripada masyarakat itu mengenai kes rasuah, kata Timbalan Pengarah SPRM Perak Mohamad Hassan.

Beliau berkata keadaan itu mungkin disebabkan masyarakat pribumi tersebut sememangnya tidak terlibat dengan rasuah atau terdapat kalangan mereka yang tahu mengenai jenayah kolar putih itu tetapi tidak mengetahui saluran betul untuk membuat laporan.

"Memang tidak ada sebarang aduan dilaporkan oleh masyarakat Orang Asli atas sebarang isu (rasuah). Saya percaya mereka tahu ada amalan rasuah berlaku di sekitar mereka, tetapi tidak tahu bagaimana untuk melaporkannya," katanya.

Beliau berkata demikian pada sesi sembang santai 'Hatimu Hatiku Jua' bersama masyarakat Orang Asli sempena program merakyatkan SPRM bersama Pusat Memerangi Rasuah dan Kronisme (C4) di Kampung Orang Asli Desa Permai, Rancangan Penempatan Semula (RPS) Banun di sini, pada Ahad.

Program sehari itu anjuran bersama SPRM, C4, Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa) serta Biro Pengaduan Awam dan disertai lebih 100 orang terdiri daripada ketua dan pemimpin Orang Asli dari seluruh negara.

Mohamad menggesa masyarakat Orang Asli yang mempunyai maklumat mengenai kes rasuah supaya tampil membuat laporan di pejabat SPRM Ipoh atau cawangan berdekatan iaitu di Taiping dan Teluk Intan.

Beliau berkata pemberi maklumat tidak perlu risau untuk membuat laporan mengenai kes rasuah kerana identiti dan aduan yang dibuat, dirahsiakan selain SPRM tidak sesekali bersubahat bagi menggagalkan siasatan.

Dalam pada itu, Mohamad berkata SPRM mengambil inisiatif dengan memberi pendedahan tentang cara pencegahan rasuah kepada masyarakat Orang Asli menerusi program merakyatkan SPRM yang julung kali diadakan itu.

"Pada program ini SPRM membuka kaunter untuk mengajar bagaimana cara-cara membuat aduan rasuah, selain mendengar masalah yang ingin dikemukakan kepada SPRM," katanya.

Sementara itu, Timbalan Ketua Pengarah Jakoa Suhaimi Mahmud, berkata mengikut rekod pihaknya, masyarakat Orang Asli tidak terlibat dengan memberi atau menerima rasuah.

"Cuma ada segelintir daripada mereka yang tidak mematuhi garis panduan dan sebagainya dan kami siasat perkara itu," katanya.

Tags / Kata Kunci: Orang Asli

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan