Mahu Hapus Persepsi Pemandu Trak Kaki Buli

Diterbitkan: Isnin, 30 Mei 2016 11:19 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pemandu trak, K. Yaganes berazam untuk menghapuskan persepsi bahawa kenderaan besar adalah pembuli di jalan raya.

"Saya sentiasa mengambil berat tentang keselamatan jalan raya," kata Yaganes yang menghabiskan masa selama selama 11 jam sehari di jalan raya - lima hari seminggu.

Pemandu berusia 22 tahun itu bekerja dengan sebuah syarikat kurier dan telah memandu sebuah trak satu tan selama tiga tahun di Pulau Pinang.

"Trak saya lebih kecil berbanding banyak lori lain di luar sana. Tetapi pemandu lain tidak melihat perbezaannya. Mereka melihat trak saya sebagai besar.

"Kebimbangan utama saya adalah motosikal yang sentiasa ingin cepat serta sering cuba untuk memotong ke lorong saya. Mereka tidak peduli tentang trak kerana mereka fikir mereka lebih cepat.

"Situasinya sangat buruk di kawasan perindustrian," katanya, sambil menambah bahawa dia telah melihat dua kemalangan yang melibatkan lori dan motosikal akibat sikap suka melulu.

Sehubungan itu Yaganes berkata, menerima hadiah berupa dashcam merupakan satu daripada usahanya untuk kekal selamat di jalan raya serta ia berperanan untuk menangkap tindakan pengguna jalan raya lain yang tidak bertanggungjawab.

Yaganes adalah antara 45 pemenang dalam pusingan pertama 45@45 Giveaways yang menerima dashcam Eagle i EG-228.

Program 45@45 Giveaways diadakan untuk meraikan ulang tahun yang ke-45 tahun ini.

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan