32 Jasad Wira Australia Dan Ahli Keluarga Mulakan Perjalanan Pulang

Diterbitkan: Isnin, 30 Mei 2016 3:09 PM

Sebahagian kereta mayat membawa 32 keranda secara konvoi ke Pangkalan Udara Tentera Udara Diraja Malaysia, Subang. Rangka-rangka tersebut sebelum diserahkan kepada Kerajaan Australia pada Upacara Rasmi Penyerahan 32 Rangka Warga Australia daripada kerajaan Malaysia.

(Ubah saiz teks)

MELAKA: Suasana dingin pagi Isnin di Kem Terendak, Sungai Udang, bertukar hangat dan menyamankan apabila 400 tentera Malaysia memberi tabik hormat terakhir kepada 24 jasad wira Australia dan lapan anggota keluarga mereka yang terkorban di sini, bagi memulakan perjalanan pulang ke negara asal.

Turut hadir memberi penghormatan terakhir, Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Idris Haron, Timbalan Pesuruhjaya Tinggi Australia di Malaysia Dr Angela Macdonald, Panglima Latihan dan Doktrin Tentera Darat Mej Jen Datuk Tengku Ahmad Noor Tuan Chik dan Panglima 3 Divisyen Infrantri Mej Jen Hasagaya Abdullah.

Majlis itu menandakan bermulanya perjalanan pulang selama empat hari bagi jasad pejuang Australia itu dan anggota keluarga mereka, yang sebelum ini disemadikan di Perkuburan Perang Commonwealth (CWG) Kem Terendak.

Upacara penuh istiadat bagi penyerahan rasmi kesemua jasad akan diadakan esok di Pangkalan Udara, Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang.

Jasad tentera Australia itu yang gugur semasa Perang Vietnam dan zaman Darurat Tanah Melayu serta anggota keluarga mereka, dijangka tiba di Pangkalan Tentera Udara Diraja Australia di Richmond, Sydney pada 2 Jun dan sambutan upacara penuh ketenteraan peringkat kebangsaan akan diadakan.

Daripada 24 tentera Australia, 21 orang terkorban semasa Perang Vietnam dan tiga gugur dalam zaman Darurat di Malaya. Pada masa ini terdapat tiga tentera Australia masih disemadikan di CWG Kem Terendak atas permintaan anggota keluarga mereka.

Usaha itu yang diberi nama 'Operation Reunites' atau Ops Reunites, kerjasama antara kerajaan Malaysia dan Australia, bertujuan untuk menyatukan jasad wira-wira itu dengan ahli keluarga mereka di Australia.

Ketua Penyelidik Muzium Tentera Darat Kapten Muhammad Zuraiman Abdul Ghani yang terlibat dalam operasi di Kem Terendak itu sejak hari pertama, 1 Mei lepas berkata kerja penggalian kubur di CWG bermula 4 hingga 21 Mei dan proses pengecaman jasad berakhir pada 23 Mei.

Katanya majlis penghormatan hari ini menandakan berakhirnya operasi di Kem Terendak.

"Operasi di Kem Terendak berjaya dengan kerjasama Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Australia, juga adalah satu penghormatan besar bagi kami daripada Tentera Darat untuk menggalas tugas ini bagi sahabat kita warga Australia.

"Dalam tentera di seluruh dunia terdapat ungkapan 'we left no man behind' jadi ia adalah satu kepuasan bagi kami bila diberi peluang untuk menghantar pulang tentera atau keluarga mereka kepada orang yang mereka sayangi," katanya.

Tags / Kata Kunci: Australia

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Jumaat, 13 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Farisha Irish - Tak Malu

Kolumnis

iklan

Iklan