'Air Ajaib' Hanya Air Minuman Biasa - Kamalanathan

Diterbitkan: Isnin, 30 Mei 2016 5:51 PM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: 'Air ajaib' yang didakwa dipromosikan oleh seorang guru besar di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Pandamaran A di Klang, hanyalah air minuman biasa, kata Timbalan Menteri Pendidikan Datuk P.Kamalanathan.

Beliau berkata Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) juga telah mendapatkan penjelasan guru besar sekolah itu yang memaklumkan air tersebut merupakan air minuman biasa yang ditapis menggunakan mesin penapis disediakan di sekolah itu.

"Mesin penapis air telah dibuka dan bahagian dalam mesin tidak menunjukkan sebarang unsur 'jampi', hanya terdapat beberapa penapis sahaja," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Anugerah 3K 2016 di sini Isnin.

Pada Jumaat lepas, beberapa media melaporkan ibu bapa murid di SJKC Pandamaran A berang selepas mendapati guru besar sekolah berkenaan memaksa murid-muridnya meminum 'air ajaib' yang dikatakan membolehkan mereka lulus cemerlang dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR).

Di samping itu, guru besar itu juga dilaporkan menaikkan sepanduk di seluruh sekolah menggalakkan murid meminum air itu untuk menjadikan mereka lebih bijak.

Mengulas lanjut, Kamalanathan berkata pihaknya bagaimanapun perlu menunggu laporan siasatan sampel air itu yang akan dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan sebelum mengambil sebarang tindakan terhadap guru besar itu.

Katanya siasatan awal PPD mendapati logo syarikat pengedar, Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) dan logo halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) tertera pada label botol air minuman itu.

Mengenai Anugerah 3K, Kamalanathan berkata kementerian dan Dutch Lady Malaysia pada Isnin merasmikan Anugerah 3K 2016 dengan pelancaran laman portal baharu di www.anugerah.3k3c.com.my yang kini bersedia menerima penyertaan dari sekolah-sekolah di seluruh negara.

Beliau berkata program anugerah itu bertujuan mendidik dan mengiktiraf usaha sekolah rendah dan menengah dalam meningkatkan persekitaran sekolah mereka meliputi tiga aspek utama iaitu kebersihan, kesihatan dan keselamatan. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: air ajaib , SJKC Pandamaran

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan