Ibu Bapa Restu Anak Sertai IS

Diterbitkan: Ahad, 29 Mei 2016 8:41 AM

Gambar hiasan.

(Ubah saiz teks)

SEGELINTIR ibu bapa di Malaysia menghantar anak mereka ke Syria untuk  dilatih sebagai militan secara sukarela, lapor China Press.

Menurut risikan terkini polis, tujuh kanak-kanak dikatakan menjalani latihan ketenteraan di pangkalan kumpulan militan IS di Syria.

Apa yang membimbangkan adalah kanak-kanak yang dilatih untuk melakukan keganasan ini akan memberi ancaman kepada negara apabila pulang ke tanah air selepas menamatkan misi latihan mereka.

Pengarah Cawangan Khas, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Datuk Seri Mohamad Fuzi Harun berkata tujuh kanak-kanak termasuk lima perempuan dilaporkan sedang menjalani latihan di kem IS.

Menurut Mohamad Fuzi, terdapat juga beberapa kanak-kanak dari negara lain seperti Indonesia dan Filipina.

"Kanak-kanak itu berada di Syria bersama dengan ibu bapa mereka.

"Sebaik sahaja ibu bapa mereka bertemu dan menyatakan bai'ah kepada pemimpin kanan kumpulan IS, mereka membiarkan anak-anak mereka menjalani latihan.

"Siasatan awal mendapati kanak-kanak itu tidak menjadi mangsa pemerdagangan manusia.

"Terdapat juga petunjuk bahawa pengganas mengambil anak angkat atau menculik kanak-kanak dari tempat lain," katanya yang dipetik akhbar tersebut.

Sebelum ini kumpulan IS memuat naik klip video berdurasi 15 minit menunjukkan anggota kumpulan itu yang terdiri daripada kanak-kanak dan remaja sedang menjalani latihan ketenteraan.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan