Hudud: "Saya Juga Akan Letak Jawatan" - Mah

Diterbitkan: Ahad, 29 Mei 2016 10:30 AM

Mah Siew Keong

Mah Siew Keong.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Presiden Gerakan Datuk Seri Mah Siew Keong menjadi menteri kedua mengumumkan akan meletak jawatan sekiranya Rang Undang-Undang (RUU) Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan 2016) yang dibentangkan PAS diluluskan di Parlimen.

Mah yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata parti itu bimbang dengan RUU untuk memberikan kuasa hukuman terbuka di Mahkamah Syariah kecuali hukuman mati.

"Dan ya, saya akan bersedia untuk lakukan apa yang Datuk Seri Liow  (Tiong Lai) umumkan," katanya.

Gerakan, katanya, menghormati kedudukan Islam sebagai agama rasmi persekutuan tetapi bimbang tentang usaha Presiden PAS yang dianggap tidak mengikut perlembagaan.

Beliau berkata parti itu akan melakukan apa sahaja untuk mengekalkan cara hidup dalam sebuah negara berbilang kaum dan agama.

Mah turut menggesa PAS untuk menarik balik RUU tersebut dan berunding dengan Peguam Negara dan pakar undang-undang lain supaya ia boleh bertindak selaras dengan perlembagaan persekutuan.

Pada masa sama, Mah mempertikaikan sekiranya DAP harus bertanggungjawab terhadap usaha mereka meminta orang ramai untuk mengundi PAS pada pilihan raya umum yang lalu.

"Mereka bekerjasama dalam kerajaan negeri Selangor hari ini," katanya sambil menambah Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng juga perlu bersedia untuk meletak jawatan.

Ketua Pemuda Gerakan Tan Keng Liang berkata satu mesyuarat perlu diadakan untuk membincangkan sepenuhnya mengenai RUU kontroversi itu.

Tags / Kata Kunci: Mah Siew Keong , hudud , Gerakan

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan