Liow Gesa Semua Ahli Parlimen Bantah RUU PAS

Diterbitkan: Ahad, 29 Mei 2016 2:27 PM

Liow Tiong Lai.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai merayu kepada semua Ahli Parlimen untuk mengundi bagi membantah Rang Undang-Undang (RUU) Persendirian yang dikemukakan PAS.

"Kami mahu sokongan dari kedua-dua parti komponen untuk bersama-sama menghentikan RUU ini kerana ia bercanggah dengan semangat Perlembagaan Persekutuan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat agung tahunan Kojadi pada Ahad.

Walaupun Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dilaporkan berkata RUU itu tiada kaitan dengan hudud, Liow menegaskan bahawa jika ia diluluskan, skop itu lebih luas dengan memberi kuasa kepada PAS di Kelantan untuk menuntut pelaksanaan hukuman hudud.

Kerajaan Kelantan kemudiannya boleh melaksanakan apa sahaja hukuman kesalahan yang termasuk dalam undang-undang jenayah hudud.

Pindaan ini juga akan memberikan mahkamah Syariah di Kelantan kuasa yang sama dengan sistem mahkamah Persekutuan.

"Malaysia kemudian akan mempunyai dua sistem undang-undang yang sama. Ini akan menimbulkan konflik kepada Perlembagaan Persekutuan, undang-undang tertinggi yang diguna pakai di negara kita.

"Menurut Artikel 8, semua rakyat Malaysia harus tertakluk kepada satu sistem undang-undang dan adalah sama mengikut undang-undang," kata Liow.

Ketika ditanya sama ada pendirian MCA bertentangan dengan Umno yang menyokong RUU yang dibentangkan PAS, Liow berkata kedua-dua parti harus kembali kepada semangat konsensus Barisan Nasional.

"Sejak membentuk kerajaan semasa merdeka, kita menggunakan semangat BN iaitu konsensus. Dalam apa jua pindaan (kepada Akta sedia ada) kita perlu memastikan kita mempunyai konsensus dari semua parti komponen.

Tags / Kata Kunci: MCA , hudud , PAS , BN

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan