Lima Juta Rakyat Malaysia Perokok Berusia 18 Tahun Ke Atas

Diterbitkan: Ahad, 29 Mei 2016 8:15 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan menganggarkan bahawa lima juta rakyat di negara adalah perokok berusia 18 tahun ke atas.

Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam), Datuk Dr Lokman Hakim Sulaiman berkata golongan itu menyumbang kepada kira-kira 20,000 kematian pramatang dan komplikasi merokok setiap tahun.

"Antara komplikasi utama ialah kanser, penyakit kronik paru-paru dan penyakit kardiovaskular," katanya pada sidang media selepas Majlis Pelancaran Perkhidmatan Berhenti Merokok mQuit, di sini pada Ahad.

Sementara itu, Lokman Hakim berkata pelbagai pelan strategik dilaksanakan bagi mencapai sasaran 390,000 perokok membuang tabiat itu dalam tempoh tiga tahun.

Beliau berkata inisiatif itu sejajar dengan sasaran negara untuk mengurangkan penggunaan tembakau di Malaysia sebanyak 30 peratus menjelang 2025.

"Program mQuit diperkenalkan untuk memberi ruang kepada perokok mendapatkan tiga peringkat sokongan iaitu nasihat profesional penjagaan kesihatan, bahan bantuan berhenti merokok dan kesungguhan perokok itu sendiri," katanya.

Program mQuit melibatkan kerjasama Kementerian Kesihatan dengan Universiti Malaya, Universiti Sains Malaysia, Akademi Farmasi Malaysia dan Syarikat Johnson and Johnson Sdn Bhd.

Program itu dilaksanakan di semua klinik kesihatan di seluruh negara, farmasi terpilih dan secara online.

Sebanyak 140 perkhidmatan kesihatan swasta turut memohon diberikan akreditasi mQuit bagi membolehkan mereka melaksanakan perkhidmatan itu.

Untuk maklumat lanjut mengenai perkhidmatan mQuit, orang ramai boleh melayari laman sesawang www.JomQuit.com.my.

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan