Jambatan Perkampungan Orang Asli Runtuh, 853 Terkandas

Diterbitkan: Ahad, 29 Mei 2016 8:21 PM

(Ubah saiz teks)

IPOH: Sebuah jambatan sepanjang 12.2 meter yang merupakan laluan utama penduduk perkampungan Orang Asli di Pos Terisu, di Cameron Highlands runtuh awal pagi Ahad menyebabkan 853 penduduk terkandas.

Ketua Polis Daerah Cameron Highlands DSP Zainalabidin (ulang: Zainalabidin) Othman berkata jambatan yang terletak di Batu 49, Kuala Terla itu runtuh akibat rempuhan air sungai yang naik mendadak berikutan hujan lebat antara pukul 2 hingga 3 pagi.

"Dipercayai lokasi jambatan yang runtuh itu adalah tempat di mana laluan arus dua anak sungai iaitu Sungai Tringkap dan Sungai Kuala Terla bertembung masuk ke sungai utama iaitu Sungai Ulu Telom.

"Penduduk sekitar telah bergotong-royong dengan menggunakan besi untuk dijadikan laluan sementara bagi kegunaan motosikal. Sehingga kini tiada pihak yang berkaitan tampil untuk membantu," katanya dalam satu kenyataan media di sini.

Sementara itu, beliau berkata tiga buah kereta dan tiga buah motosikal mengalami kerosakan dihanyut air sungai akibat hujan lebat di Jalan Kolam Air, Brinchang, Cameron Highlands.

"Dalam kejadian antara pukul 2.30 pagi hingga 3 pagi itu, kesemua kenderaan telah dibawa oleh arus sungai tetapi telah dapat diselamatkan kerana tersangkut pada bahagian rumah mangsa.

"Keadaan ini berlaku kerana rumah mangsa berhampiran dengan anak sungai dan mangsa juga telah membuat laporan polis," katanya.

Zainalabidin berkata pihaknya percaya punca kedua-dua kejadian disebabkan sungai yang tidak boleh menampung limpahan air akibat hujan lebat.

Tambah beliau, terdapat beberapa kejadian lain turut berlaku di sekitar Brinchang, Tanah Rata dan Kampung Raja antaranya kejadian kereta pelancong dihempap pokok serta kejadian rumah dimasuki air.

Polis akan melakukan pemantauan lanjut dari semasa ke semasa berhubung kejadian ini, katanya.

Tags / Kata Kunci: Orang Asli , Pos Terisu , Cameron Highlands

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan