Pemimpin Komponen BN Perlu Dijelaskan Isu RUU Syariah - Noh

Diterbitkan: Ahad, 29 Mei 2016 4:59 PM

Noh Omar (dua, kiri) beramah mesra dengan penerima surat pelantikan Ketua Penyelaras Komuniti bagi Jawatankuasa Kemajuan, Keselamatan dan Persekutuan (JKKKP) Parlimen Sungai Besar pada majlis Perhimpunan Pertahanan Awam Negeri Selangor 2016 di SJKC Sin Ming, Sungai Besar pada Ahad. -fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

SABAK BERNAM: Umno Selangor akan bertemu dengan pemimpin parti komponen Barisan Nasional (BN) negeri bagi menjelaskan mengenai kekeliruan berhubung Rang Undang-Undang (RUU) Persendirian yang dikemukakan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor, Datuk Seri Noh Omar berkata, terdapat 'salah faham' mengenai RUU untuk meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) bagi membolehkan hukuman yang lebih berat dikenakan ke atas umat Islam.

"Pindaan ini dibuat untuk undang-undang syariah sedia ada.

"Ia tiada kaitan sama sekali dengan hudud yang merupakan undang-undang baharu. Prosedur untuk meminda undang-undang yang sedia ada di Parlimen adalah sama dengan undang-undang lain.

"Orang ramai tidak perlu bimbang tentang hal itu. Saya akan adakan pertemuan dengan pemimpin parti komponen BN supaya mereka faham," katanya kepada media di sini, Ahad.

Ketika ditanya sama ada salah faham berkenaan boleh memberi kesan kepada undi bukan Islam dalam Pilihan Raya Kecil di Parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar, Noh berkata pemimpin dan ahli BN seharusnya tidak salah faham mengenainya.

"Ia bukan hudud.

"Parti-parti komponen juga perlu menjelaskan perkara ini kepada pengundi," katanya.

Selain itu Noh juga menafikan dakwaan bahawa RUU berkenaan dibentangkan begitu dekat dengan PRK adalah bukti bahawa Umno sedang bekerjasama dengan PAS untuk memenangi sokongan orang Melayu dan Islam.

"Ia tidak logik dan tak masuk akal kerana kedua-dua pihak akan bertanding dalam pilihan raya nanti," katanya.

Tags / Kata Kunci: RUU Persendirian , Noh Omar , Umno , Hudud

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan