LZS Anjur Free Market Sempena Ramadan

Diterbitkan: Sabtu, 28 Mei 2016 5:00 PM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Pelbagai pakaian dan barangan terpakai diberi percuma kepada para pengunjung dalam program Free Market sempena menyambut kehadiran Ramadan anjuran Lembaga Zakat Selangor (LZS) di Masjid Seksyen 7 di sini.

Program yang berlangsung sejak pukul 9 pagi itu mengumpulkan kira-kira 50 penderma yang menyumbangkan pelbagai barangan antaranya seperti pakaian, kasut dan buku.

Pengurus Besar Komunikasi Korporat LZS, Norajun Ainun Mohd Hashim berkata, sejak tiga tahun progam ini dianjurkan, ini merupakan kali pertama ia diadakan di luar bangunan LZS.

"Tujuan LZS mengadakan program ini di masjid adalah di samping ia dekat dengan golongan sasaran kami, iaitu golongan asnaf dan yang kurang berkemampuan, ia juga bertujuan untuk mendekatkan masjid dengan masyarakat sekeliling," katanya ketika ditemui Bernama di program berkenaan.

Tambah beliau, LZS amat menitikberatkan kualiti barangan yang dibawa oleh penderma untuk disumbangkan dalam program berkenaan.

"Semua barangan akan diperiksa oleh kakitangan LZS terlebih dahulu sebelum diletakkan di sini untuk memastikan barangan yang dalam keadaan yang baik sahaja didermakan," katanya.

Sementara itu, seorang penderma barangan, Azzam Nor Akmal, 36 berkata penderma perlu memastikan barangan yang disumbangkan berada dalam keadaan yang baik kerana ia mencerminkan keikhlasan dan kasih-sayang penderma kepada golongan asnaf dan yang kurang berkemampuan.

Tambah beliau yang bekerja sebagai jurutera itu, program sedemikian patut dianjurkan dengan lebih kerap kerana ia memberi manfaat yang besar kepada masyarakat.

Seorang pengunjung, Mohd Rashidi Abd Rahim, 38, berkata, penganjuran program itu dapat mengurangkan beban mereka sekeluarga bagi menyambut hari raya yang akan datang.

Kata bapa kepada tiga cahaya mata itu, baju untuk kanak-kanak di sana semua berada di dalam keadaan yang sangat baik dan sesuai dipakai.

"Saya amat berharap LZS atau mana-mana badan kebajikan lain dapat melakukan program seperti ini dengan lebih kerap lagi," katanya.

Tags / Kata Kunci: Ramadan , Zakat

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan