Leong Harus Ketepikan Emosi - Ketua Pemuda MCA

Diterbitkan: Sabtu, 28 Mei 2016 10:00 PM

Chong Sin Woon

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Ketua Pemuda MCA Senator Chong Sin Woon berkata, Timbalan Pengerusi MCA Kedah, Datuk Dr Leong Yong Kong yang mengumumkan keluar parti pada Jumaat tidak sepatutnya mengikut emosi semasa membuat keputusannya sebagai reaksi terhadap isu hudud.

Katanya Leong yang merupakan seorang anggota Exco Kerajaan Kedah sepatutnya turut bersama-sama dalam menerajui barisan kepimpinan MCA.

"Wira sebenar terus berjuang," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Pameran Pendidikan Teknikal dan Vokasional (TVET) dan Pengajian Tinggi di sini, Sabtu.

Chong turut memaklumkan bahawa Pengerusi MCA Kedah, Datuk Lee Chee Leong, telah bertemu dengan Leong bagi membincangkan perkara itu.  

Pada Jumaat, Leong yang merupakan ADUN Gurun, mengumumkan keluar daripada MCA dalam satu sidang media di Alor Setar kerana tidak berpuas hati dengan pembentangan Rang Undang-Undang (RUU) Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah)(Pindaan 2016) di Dewan Rakyat Khamis lepas. 

Sementara itu ketika diminta mengulas mengenai RUU itu, Chong berkata, MCA tidak berhasrat untuk campur tangan dalam hal ehwal Islam dan Barisan Nasional (BN) masih berpegang kepada Perlembagaan Persekutuan. 

"Saya tegaskan bahawa kami tidak menentang Islam dan jangan jerumuskan kami ke dalam konflik agama. Ini adalah pendirian BN dan ia tidak pernah terjejas. Isu hudud bukan agenda kita tetapi PAS," katanya.  -Bernama

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan