Impian Pesakit Sistem Imun Jadi Polis Terlaksana

Diterbitkan: Sabtu, 28 Mei 2016 5:04 PM

Rayyan Seif Rizqin (kiri) bersama Ketua Bahagian Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti, Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya, DSP Zakaria Alias membuat tangkapan.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Impian seorang kanak-kanak yang disahkan menghidap penyakit sistem imun atau dikenali sebagai Hemophagocytic Lymphohistiocytosis (HLH) pada Mei tahun lepas untuk menjadi anggota polis terlaksana apabila diberi peluang berbuat demikian walaupun selama sehari di Balai Polis Komuniti Bandar Utama Damansara pada Sabtu.

Sinar kegembiraan jelas terpancar pada wajah Rayyan Seif Rizqin Mohamad Shukor, 6, apabila disarungkan uniform polis dan menjalankan tugas sebagai anggota polis.

Bapa kanak-kanak itu, Mohamad Shukor Ahmad, 33, berkata anak sulungnya  itu mula menunjukkan minat untuk menjadi polis selepas menonton filem tempatan Polis Evo tahun lepas lakonan Zizan Razak, Shaheizy Sam dan Nora Danish.

"Minatnya disedari apabila dia sering bermain 'police and thief' bersama adik perempuan dan sepupunya di rumah serta gemar mengumpul barangan permainan berkaitan polis," katanya kepada pemberita.

Pengurus teknikal sebuah syarikat komunikasi itu berkata beliau tidak menolak apabila Rayyan Seif Rizqin ditawarkan untuk menjadi polis melalui program di bawah kelolaan badan bukan kerajaan Make-A-Wish Malaysia dengan kerjasama polis dan penaja.

Rayyan Seif Rizqin kelihatan gembira apabila diberi peluang melakukan aktiviti seperti menaiki kereta peronda polis, memberi arahan perbarisan dan mengambil bahagian dalam gimik menangkap 'penjenayah'.

Mohamad Shukor berkata walaupun terpaksa menjalani rawatan kemoterapi setiap dua minggu di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (dahulunya dikenali sebagai Hospital UKM), namun anaknya tidak menangis dan tenang ketika menerima rawatan.

Katanya Rayyan juga tidak mampu ke sekolah akibat penyakitnya itu dan hanya belajar di rumah dengan tunjuk ajar ibunya Norazlin Hamzah, 41, berpandukan buku sekolah yang sama digunakan murid sekolah rendah.

"Rayyan dijangka menjalani pemindahan sel sum-sum tulang daripada ibunya di Subang Jaya Medical Centre yang memerlukan kos antara RM300,000 dan RM500,000," katanya.

Turut hadir pada majlis itu Ketua Bahagian Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti, Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya, DSP Zakaria Alias.

Sementara itu Ketua Pegawai Eksekutif Make-A-Wish Malaysia, Irene Tan berkata pertubuhan tersebut gembira dapat menunaikan hajat Rayyan Seif Rizqin.

"Kami sering bekerjasama dengan hospital tertentu yang antaranya ialah hospital tempat Rayyan sedang dirawat," katanya.

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan