Balu Bekas Ahli Parlimen Kuala Kangsar Calon BN

Diterbitkan: Sabtu, 28 Mei 2016 4:48 PM

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyerahkan watikah pencalonan bagi PRK Parlimen Kuala Kangsar kepada anak Allahyarham Wan Mohammad Khair-il, Wan Emir Astar Datuk Wan Mohammad Khair-il, 26 (dua dari kiri) yang menerima bagi pihak ibunya Datin Mastura Mohd Yazid. Mastura akan mewakili BN dalam pilihan raya tersebut. Turut hadir Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir (kanan) and Ketua Pergerakan Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil (kiri).

(Ubah saiz teks)

KUALA KANGSAR: Isteri bekas Anggota Parlimen Kuala Kangsar, Datin Mastura Mohd Yazid dinamakan sebagai calon Barisan Nasional (BN) bagi pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Kuala Kangsar, 18 Jun depan.

Pengumuman dibuat Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi di Pusat Arahan BN di Resort Safari di sini, Sabtu.

Mastura, 55,merupakan seorang graduan undang-undang universiti terkemuka perundangan dunia Lincoln's Inn di United Kingdom dan bertugas sebagai seorang peguam selama enam tahun.

Ibu kepada empat anak itu juga merupakan seorang yang bergiat dalam dunia politik dan menjadi Anggota Jawatankuasa UMNO Bahagian Chembong, Negeri Sembilan sebelum mengambil keputusan untuk berehat dan menumpukan kepada keluarganya serta arwah suaminya.

PRK Kuala Kangsar diadakan berikutan kematian Anggota Parlimennya Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad dalam nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak, 5 Mei lepas.

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan PRK Parlimen Kuala Kangsar pada 18 Jun, manakala penamaan calon pada 5 Jun.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-13 lepas, Wan Mohammad Khair-il memperoleh majoriti 1,082 undi menewaskan calon PAS Khalil Idham Lim Abdullah dan calon Bebas Datuk Kamilia Ibrahim.

Parlimen Kuala Kangsar mempunyai 32,949 pemilih berdaftar melibatkan pengundi biasa (32,632), pengundi awal (312) dan pemilih tidak hadir luar negara (lima).

Pada Jumaat, PAS mengumumkan Ketua Dewan Muslimat PAS Perak, Dr Najihatussalehah Ahmad sebagai calonnya dalam PRK Kuala Kangsar.

Sementara itu, Parti Amanah Negara akan mengumumkan calonnya pada 1 Jun.

Tags / Kata Kunci: Kuala Kangsar

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan