Saya Calon 'Underdog' - Calon BN PRK Sungai Besar

Diterbitkan: Sabtu, 28 Mei 2016 7:58 AM

Budiman (kanan) bersama Ahmad Zahid pengumuman calon BN bagi PRK Sungai Besar, Jumaat malam. Foto K K Sham / The Star

(Ubah saiz teks)

SUNGAI BESAR: Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Panjang, Budiman Mohd Zohdi yang diumumkan sebagai calon Barisan Nasional (BN) untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar menganggap dirinya sebagai calon 'underdog'.

Katanya, beliau akan meneruskan kualiti kerja di Sungai Besar ke kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sekinchan yang juga berada di bawah Parlimen Sungai Besar selain DUN Sungai Panjang.

"Saya fikir ia (pencalonan itu) adalah penambahbaikan kepada tugas sedia ada tetapi saya fikir ia bukan sesuatu yang mudah," katanya kepada pemberita selepas pengumuman calon BN oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi di sini, Jumaat malam.

Ditanya mengenai sokongan pengundi Cina terhadap BN, Budiman berkata, rekod pencapaiannya dengan kumpulan itu semakin meningkat.

Beliau berkata, rutinnya melawat masyarakat dan pengundi Cina termasuk ketika kematian, selain memperjuangkan isu nelayan dan peniaga menyebabkan mereka mulai mengenalinya.

"Sebab itu saya yakin pada kali ini pengundi Cina sudah mulai mengenali saya dan saya fikir ia (sokongan pengundi)  bukan masalah besar tetapi tidak mahu bercakap tinggi (besar).

"Saya lihat amanah parti ini adalah kerja berpasukan. Ia amanah parti dan bukan kerja individu.

"Saya hanya mewakili parti tetapi pasukan gerak kerja dan pasukan rakan komponen  yang mewakili BN yang lebih penting sebagai kekuatan pilihan raya," katanya.

PRK Parlimen Sungai Besar ditetapkan pada 18 Jun ini berikutan kematian Noriah yang juga Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, dalam nahas  helikopter di Sebuyau, Sarawak, 5 Mei lalu. - Bernama

Tags / Kata Kunci: Budiman Mohd Zohdi , PRK Sungai Besar

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan