Beri Ruang Leong Timbang Semula Keputusan Keluar MCA - MB Kedah

Diterbitkan: Sabtu, 28 Mei 2016 4:41 PM

(Ubah saiz teks)

LANGKAWI: Timbalan Pengerusi MCA Kedah, Datuk Dr Leong Yong Kong yang mengumumkan mahu keluar partinya semalam perlu diberi ruang dan waktu untuk menimbangkan semula keputusannya itu, kata Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah.

Katanya Leong yang juga seorang daripada anggota Exco negeri wajar dibenarkan bercuti selama dua minggu bagi membolehkannya menenangkan fikiran dan memahami keadaan sebenarnya tentang isu yang menyebabkan beliau bertindak untuk keluar parti.

"Lepas dia bercuti itu nanti, (barulah) saya akan jumpa dia tapi saya memang sudah bercakap (dengannya) dalam (perbualan) telefon," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis penyampaian bantuan bencana dan elaun sara hidup nelayan di Kompleks Perikanan Penarak di sini.

Menurutnya tindakan Leong semalam merupakan sesuatu yang tidak disangkakan oleh beliau yang ketika itu masih berada di Kuala Lumpur kerana menghadiri mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO di sana.

"Tapi tak apalah. Kita akan cuba selesaikan masalah ini dengan cara semangat Barisan Nasional," katanya.

Leong yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Gurun mengumumkan akan keluar daripada MCA dalam satu sidang media di Alor Setar semalam kerana tidak berpuas hati dengan pembentangan Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan 2010) di Dewan Rakyat, kelmarin.

Bagaimanapun, beliau tidak meletakkan jawatannya sebagai exco dan menyerahkan kepada Presiden MCA Datuk Seri Liow Tong Lai untuk menggantikannya (sebagai timbalan pengerusi MCA Kedah).

Berikutan pengumuman beliau itu, Pengerusi MCA Kedah Datuk Lee Chee Leong memberi tempoh dua minggu kepada Leong untuk mempertimbangkan semula keputusannya itu.

Leong memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Gurun pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) dan dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Alam Sekitar, Hal Ehwal Masyarakat Cina, India dan Siam, Kesihatan dan Perpaduan pada 20 Mac 2014.

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan