Sabah Ikrar Terus Jadi Sebahagian Daripada Malaysia - Musa

Diterbitkan: Jumaat, 27 Mei 2016 4:26 PM

(Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU: Sabah menolak sebarang tuntutan Filipina di negeri ini dan akan terus kekal dengan pendirian berkenaan, kata Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman.

Beliau berkata Sabah tidak pernah mengiktiraf atau mengakui sebarang tuntutan Filipina dan akan terus menjadi sebahagian daripada Persekutuan Malaysia.

"Biar saya nyatakan dengan jelas bahawa Sabah berada di Malaysia dan telah memilih untuk menjadi dan akan terus menjadi sebahagian daripada negara berdaulat ini sejak penubuhannya," katanya menerusi kenyataan pada Jumaat.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan calon presiden Filipina, Rodrigo Duterte untuk meneruskan tuntutan terhadap Sabah.

Musa berkata rakyat Sabah sedang menikmati keamanan, kestabilan dan kemakmuran ekonomi di Malaysia.

"Setia kami adalah untuk bendera Malaysia. Tuntutan itu adalah tidak relevan," katanya.

Terdahulu, Duterte dipetik oleh Philippine Star sebagai berkata bahawa beliau akan meneruskan tuntutan Filipina ke atas Sabah.

Tags / Kata Kunci: Sabah , Filipina

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan