Pokok Hujan-Hujan 129 Tahun Dipangkas Demi Keselamatan Pengunjung

Diterbitkan: Jumaat, 27 Mei 2016 6:26 PM

Antara pokok Hujan-Hujan di Taman Botani, Pulau Pinang yang masih berdiri megah.

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Jabatan Botani terpaksa mengambil tindakan memangkas pokok Hujan-hujan berusia 129 tahun yang menjadi mercu tanda Taman Botani di sini demi keselamatan pengunjung taman itu.

Pengarah Taman Botani Mohd Azwa Shah Ahmad berkata pokok itu telah mati 95 peratus dan pemangkasan perlu dilakukan bagi mengelak pokok itu tumbang.

"Dengan cuaca yang tidak menentu sekarang, dan keadaan akar yang sudah mereput, kami terpaksa mengambil tindakan untuk memangkas dahan-dahan pokok itu demi keselamatan pengunjung," katanya dalam sidang akhbar di sini, Jumaat.

Pokok Hujan-hujan yang terletak di pintu masuk Taman Botani itu ditanam pada tahun 1887 oleh tentera British sempena ulang tahun kelahiran Queen Victoria dengan jangka hayat pokok itu adalah antara 80 dan 100 tahun.

Bagaimanapun, Mohd Azwa berkata pihaknya masih tidak berputus asa untuk menyelamatkan pokok itu walaupun peluang untuk pokok itu hidup sangat tipis.

"Kami telah memberikan perapian tanah untuk membantu akar pokok itu tumbuh semula supaya ia dapat mengambil makanan dan nutrisi daripada tanah semula," katanya.

Beliau berkata pihaknya juga sedang memikirkan cara untuk mengabadikan memori pokok itu.

Sementara itu, Mohd Azwa berkata usaha bagi mendapatkan status tapak warisan Unesco untuk Taman Botani ditangguhkan seketika.

Taman Botani Pulau Pinang diasaskan pada tahun 1884 dan bangunan dalaman serta landasan lama di dalam kawasan taman berusia lebih 132 tahun itu mempunyai banyak sejarah.

Awal tahun ini, Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) menemui landasan trem lama di kawasan Taman Botani yang dipercayai digunakan untuk membawa batu kuari bagi pembinaan penjara Pulau Pinang pada awal tahun 1880.-- Bernama


iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan