Ketua Muslimat PAS Perak Calon PRK Kuala Kangsar

Diterbitkan: Jumaat, 27 Mei 2016 11:40 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Ketua Dewan Muslimat PAS Perak, Dr Najihatussalehah Ahmad dipilih mewakili parti itu sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kangsar.

Pengumuman Dr Najihatussalehah sebagai calon dibuat Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man di Kuala Kangsar pada Jumaat malam.

Dr Najihatussalehah,50, juga merupakan Anggota Jawatankuasa Dewan Muslimat PAS Pusat sesi 2015-2017.

Beliau yang berasal dari Pasir Kubu, Pulau Tiga Kiri, Pasir Salak memiliki Ijazah Sarjana Muda Perubatan dan Pembedahan dari Universiti Malaya dan pernah berkhidmat sebagai Pegawai Perubatan di Hospital Kuala Lumpur.

PRK Kuala Kangsar diadakan berikutan kematian Anggota Parlimennya Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad dalam nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak, 5 Mei lepas.

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan PRK Parlimen Kuala Kangsar pada 18 Jun, manakala penamaan calon pada 5 Jun.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-13 lepas, Wan Mohammad Khair-il memperoleh majoriti 1,082 undi menewaskan calon PAS Khalil Idham Lim Abdullah dan calon Bebas Datuk Kamilia Ibrahim.

Parlimen Kuala Kangsar mempunyai 32,949 pemilih berdaftar melibatkan pengundi biasa (32,632), pengundi awal (312) dan pemilih tidak hadir luar negara (lima).

Sementara itu, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dijadual mengumumkan nama calon Barisan Nasional (BN) bagi PRK Kuala Kangsar pada petang esok, manakala Parti Amanah Negara akan mengumumkan calonnya pada 1 Jun.

Tags / Kata Kunci: Dr Najihatussalehah Ahmad

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan