Polis Tunggu Masa Sesuai Untuk Ambil Keterangan Tun M - Noor Rashid

Diterbitkan: Jumaat, 27 Mei 2016 1:23 PM

Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Noor Rashid Ibrahim (empat kanan) dan wakil Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), wakil Naib Canselor UKM, Prof Datuk Dr Riza Atiq Abdullah Orang Kaya Rahmat (dua kanan) beramah mesra dengan seorang penghidap gout, Abdullah Aziz Abdul Khalid (duduk kiri) pada lawatan rombongan polis ke PPUKM sempena Hari Polis Ke 209, Jumaat.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Polis menunggu masa yang sesuai untuk mengambil keterangan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung kenyataan beliau mengenai Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu dikenakan tahanan rumah.

Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Noor Rashid Ibrahim berkata, pihaknya akan mendapatkan penjelasan Dr Mahathir mengenai dakwaan itu yang dilaporkan beberapa portal berita sebelum ini.

"Dalam proses siasatan ini, sudah semestinya perlukan pengesahan lanjut daripada beliau (Tun Mahathir) sama ada perkara yang dilaporkan dalam blog itu betul atau tidak," katanya.

Noor Rashid berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan lawatan ke Hospital Canselor Tuanku Muhriz bersempena sambutan Hari Polis Ke-209 di sini hari ini.

Isnin lepas, Penasihat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim membuat laporan polis terhadap Dr Mahathir berhubung dakwaannya itu, dan menyifatkan dakwaan bekas perdana menteri itu adalah palsu dan berniat jahat.

Menyentuh mengenai penjualan maklumat pangkalan data penduduk negara bagi mendapatkan 1.2 juta tandatangan untuk keperluan projek Deklarasi Mahathir, Noor Rashid berkata polis akan menyiasat individu yang dikaitkan dengan penjualan pangkalan data itu.

"Kalau benar dakwaan ini, pihak polis akan jalankan siasatan, dan tidak sepatutnya maklumat rahsia yang diletakkan di bawah Akta Rahsia Rasmi ini disampaikan kepada umum, " katanya.

Beliau berkata demikian bagi mengulas dakwaan Azharuddin Othman, 30, seorang pengatur cara komputer bebas bahawa dia telah menjual maklumat tersebut kepada seorang wanita yang dikenali hanya sebagai 'Ratu Naga' dengan bayaran RM5,000.

Lelaki tersebut bagaimanapun hanya menerima RM1,000 sahaja setelah menghantar maklumat itu kepada wanita itu yang mendakwa memerlukan maklumat itu bagi mendapatkan 1.2 juta tandatangan untuk keperluan projek Deklarasi Mahathir.-- Bernama




iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan