WSJ: Gabenor BNM Buat Laporan Polis- PM

Diterbitkan: Jumaat, 27 Mei 2016 7:50 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Laporan polis telah dibuat oleh Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) berhubung dokumen sulit kerajaan yang disiarkan di laman Wall Street Journal (WSJ).

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, tindakan WSJ itu adalah serius dan polis perlu melakukan siasatan.

"Polis kena siasat, ini sangat serius.

"Menyiarkan dokumen sulit di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA) adalah tindakan sangat serius bagi pihak mereka dan mereka mestilah boleh memberikan jawapan kepada kita" katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Umno di sini, Jumaat.

Najib mengulas mengenai surat yang didakwa diberikan BNM kepada Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) Datuk Hasan Ariffin.

Surat itu didakwa berkaitan status pemilikan Good Star Limited yang mempunyai kaitan dengan Jho Low.

Ditanya mengenai sejauh mana kesahihan surat tersebut, Najib berkata, hanya siasatan dapat menentukannya.

"Saya tak tahu, biar polis siasat. Kita kena pastikan siasatan dulu," katanya.


Tags / Kata Kunci: WSJ , Gabenor BNM , Perdana Menteri , Jho Low , PAC

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan