Anugerah Kebajikan Kanak-Kanak 3G Bakar Semangat Permata Gerak Lebih Maju

Diterbitkan: Jumaat, 27 Mei 2016 9:30 AM

Isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor merangkap Penaung PERMATA menerima Anugerah Kebajikan Kanak-kanak 3G yang disampaikan oleh Pengasas merangkap Pengerusi Kumpulan Al-Faleh, Dr Sheikha Aisha Faleh Al-Thani (kiri) pada Majlis Anugerah Tadbir Urus Baik Global 2016 malam Khamis. Anugerah itu diterima atas kejayaan pembangunan program Permata.

(Ubah saiz teks)

ISTANBUL: Anugerah Kebajikan Kanak-Kanak 3G yang diterima Permata Khamis malam, bukan sahaja melonjakkan program itu di pentas antarabangsa, malah sebagai pembakar semangat kepada semua agensi dan individu yang terlibat dalam menjayakan program tersebut.

Penaung Permata Datin Seri Rosmah Mansor berkata ini boleh dijadikan dorongan untuk lebih memajukan program berkenaan dengan pelbagai lagi program baharu yang boleh dirangka pada masa hadapan.

"Saya merasakan ini merupakan satu perkara atau fenomena, (yang) anugerah ini boleh membakar lagi semangat kita untuk terus bekerja dan memikirkan sektor atau program baharu untuk kanak-kanak di Malaysia," kata beliau ketika ditemui selepas majlis Anugerah Tadbir Urus Baik Global (3G Awards) 2016 di sini, Khamis malam.

Anugerah Kebajikan Kanak-Kanak 3G disampaikan oleh Dr Sheikha Aisha Faleh Al-Thani, yang merupakan Pengasas dan Pengerusi Kumpulan Al-Faleh.

Isteri Perdana Menteri itu turut berharap melalui program Permata, ia akan sedikit sebanyak dapat membantu mengurangkan masalah sosial di negara ini. 

Rosmah yang gembira dengan kejayaan itu, turut melahirkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada mereka yang telah bekerjasama dengan Permata sehingga memungkinkan mendapat pengiktirafan badan antarabangsa.

"Saya juga difahamkan bahawa mereka (pertubuhan antarabangsa) ingin berkongsi (maklumat dan kejayaan) berkenaan Permata di peringkat antarabangsa.

"Saya sudah beritahu mereka dan berkata Insya-Allah, sekiranya memerlukan kerjasama atau pertolongan dari kami, Permata akan sentiasa memberikan segala pertolongan yang diperlukan," kata Rosmah.

Menyentuh mengenai model Permata yang dilihat boleh dijadikan ikutan negara lain, beliau berkata ia turut dimaklumkan menerusi maklum balas pakar-pakar yang ditemui menerusi lawatan beliau bagi program Permata sebelum ini.

Menurutnya, menerusi maklum balas yang diterima, setiap negara perlu mengadakan program atau model seperti Permata yang bukan sahaja kebajikan  kanak-kanak diambil kira, tetapi perkembangan pemikiran kanak-kanak seharusnya diberi perhatian, digilap supaya mereka dapat berkembang, sekali gus memberi sumbangan kepada negara.

Terdahulu dalam ucapannya, Rosmah berkata melalui usaha Permata, ia mungkin antara pendekatan terbaik bagi perbelanjaan modal insan ke arah pertumbuhan ekonomi negara dengan kos sosial yang lebih rendah disebabkan penjimatan kos untuk pemulihan pendidikan, pendidikan khas, kesihatan, pemakanan, kebajikan dan jenayah.

Selain itu, beliau juga mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, kerana atas galakan yang tidak berbelah bahagi dan kepercayaan bahawa kanak-kanak adalah khazanah negara yang perlu dipupuk dan dididik dengan baik, diberi perhatian dan kasih sayang sebaik sahaja mereka dilahirkan.

Rosmah berkata ia juga selaras dengan dasar Najib bagi pembangunan modal insan yang inovatif.

Sementara itu, Malaysia turut menerima empat lagi anugerah daripada keseluruhan 24 anugerah yang disampaikan pada majlis itu.

Empat penerima itu ialah Universiti Teknologi Mara (UiTM) bagi '3G Critics' Choice Good Governance Award in Education 2016'; Amanah Ikhtiar Malaysia (3G Women Empowerment Award 2016); Agro Bank (3G Financial Services Award 2016) dan Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (Pemandu) (3G Best Public Sector Reforms Programme 2016).

Anugerah 3G dibangunkan oleh Cambridge IF Analytica, penyedia perkhidmatan kewangan kepada kerajaan, syarikat korporat dan badan bukan kerajaan untuk mencapai ketelusan, tadbir urus yang baik dan tanggungjawab sosial.-- Bernama


iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan