Amanah Umum Calon Dua PRK Rabu Depan

Diterbitkan: Jumaat, 27 Mei 2016 10:12 PM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Parti Amanah Negara (Amanah) akan mengumumkan calon parti itu bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) kawasan Parlimen Kuala Kangsar dan Sungai Besar, Rabu depan.

"Kita letak banyak nama sebagai calon antaranya Mat Sabu (Presiden Amanah Mohamad Sabu) dan Nizar (Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin)," kata Pengarah Komunikasinya, Khalid Abdul Samad pada sidang media di sini, Jumaat.

Beliau berkata calon juga tidak dikhususkan daripada kalangan anak tempatan.

Kedua-dua PRK itu diadakan serentak pada 18 Jun ini dengan penamaan calon ditetapkan pada 5 Jun.

Ia susulan kematian Anggota Parlimen Kuala Kangsar, Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad dan Anggota Parlimen Sungai Besar, Datuk Noriah Kasnon dalam nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak, pada 5 Mei lepas.

Tags / Kata Kunci: Parti Amanah Negara

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan