RUU Hudud Dalam Aturan Mesyuarat Parlimen

Diterbitkan: Khamis, 26 Mei 2016 12:22 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Rang Undang-Undang kontroversi mengenai hudud kini dimasukkan semula dalam senarai Peraturan Mesyuarat Dewan Rakyat.

Walau bagaimanapun pihak pembangkang termasuk Ahli Parlimen PAS sendiri mengakui tidak mengetahui mengenainya.

Rang undang-undang yang disenaraikan sebagai perkara ke-15 di dalam Peraturan Mesyuarat itu menyatakan bahawa Ahli Parlimen Marang, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mencadangkan pembentangan Rang Undang-Undang Ahli Persendirian berhubung bidang kuasa jenayah Mahkamah Syariah.

Rang undang-undang itu menyatakan bahawa Mahkamah Syariah mempunyai bidang kuasa ke atas umat Islam di negara ini dan boleh menjatuhkan hukuman kecuali hukuman mati.

Abdul Hadi sebelum ini mengemukakan Rang Undang-Undang pada 18 Mac dan 17 Jun tahun lepas namun tidak dibahaskan di Dewan Rakyat.

Rang Undang-Undang itu bertujuan untuk meminda Akta 1965 Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) untuk membenarkan pelaksanaan undang-undang hudud di seluruh negara, terutamanya di Kelantan.

Tags / Kata Kunci: Abdul Hadi Awang , Hudud

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan