Mustapa: Proton Tidak Gagal

Diterbitkan: Khamis, 26 Mei 2016 11:54 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kerajaan berkata Proton tidak gagal walaupun dana sebanyak RM13.9 bilion telah disalurkan bagi membantu syarikat pengeluar kereta nasional itu.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed dalam jawapan bertulis berkata, kerajaan telah membantu Proton dengan pelbagai cara sejak ditubuhkan untuk memastikan mereka kekal sebagai pemain utama industri.

"Secara keseluruhannya, kerajaan telah memberi RM13.9 bilion geran yang dikecualikan cukai, termasuk bantuan bukan fiskal," katanya.

Mustapa yang juga Ahli Parlimen Jeli berkata, adalah tidak adil untuk menyifatkan Proton sebagai sebuah syarikat yang tidak berjaya kerana ia telah memberi sumbangan besar kepada negara sejak penubuhannya pada tahun 1985.

"Proton juga telah mewujudkan peluang pekerjaan kepada 12,000 rakyat Malaysia yang bekerja secara langsung di bawah mereka manakala 130,000 rakyat secara tidak langsung terlibat dalam industri automotif tempatan.

"Syarikat itu setakat ini telah menyumbang RM24 bilion cukai," katanya.

Beliau menjawab soalan Ahli Parlimen Rasah, Teo Kok Seong yang bertanya mengenai bantuan kewangan kerajaan kepada Proton dan mengapa syarikat automotif itu gagal walaupun banyak menerima bantuan.

Tags / Kata Kunci: Proton , Mustapa Mohamed

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan