Perjanjian Enam Bulan Antara Gelandangan, KKLW

Diterbitkan: Khamis, 26 Mei 2016 10:08 PM

(Ubah saiz teks)

BERA: Golongan gelandangan yang mengikuti latihan di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) perlu menandatangani perjanjian pemantauan untuk tempoh sekurang-kurangnya enam bulan.

Menterinya Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata tempoh pemantauan itu bagi memastikan golongan berkenaan tidak mensia-siakan peluang yang diberikan dan supaya matlamat program latihan tercapai.

"Jika mereka tidak dapat memenuhi syarat sepanjang tempoh enam bulan itu, kita akan tarik semula bantuan barangan yang diberikan. Ini kerana kita tidak mahu seperti dahulu... bimbing dah beri barang secara terus dan tidak tahu apa (perkembangan)," katanya.

Ismail Sabri berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Majlis Sambutan Perayaan Hari Guru Peringkat Bera 2016 di Kompleks Rakan Muda di sini Khamis, yang dihadiri 1,400 guru dan wakil Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) daerah itu.

Pada Rabu, beliau memaklumkan kementeriannya bersedia menawarkan latihan kemahiran kepada golongan gelandangan sebagai inisiatif membantu mereka meningkatkan pendapatan.

Ismail Sabri berkata program latihan itu dilaksanakan dengan kerjasama agensi serta badan bukan kerajaan (NGO) dan sebagai permulaan pihaknya akan memberi bantuan tapak berniaga dan gerai Majlis Amanah Rakyat (Mara) kepada mereka yang berminat berniaga makanan, kuih raya dan pakaian.

Beliau menambah kementeriannya mengambil pendekatan untuk membantu gelandangan kerana melihat ia sebagai jalan lebih efektif khususnya mereka yang mempunyai kemahiran dan kemahuan untuk memajukan diri.

"Kita kena mengubah persepsi kepada gelandangan jika benar-benar mahu membantu. Ada di antara mereka menjadi gelandangan kerana dibuang kerja serta malu untuk pulang ke kampung dan rela mencari kerja dengan pendapatan yang lebih rendah.

"Namun mereka masih menghantar duit kepada keluarga di kampung, walaupun terpaksa menjadi gelandangan. Tiada orang yang mahu menjadi gelandangan," katanya.

Ismail Sabri berkata program itu diharap sedikit sebanyak dapat mengurangkan jumlah gelandangan yang menumpang di rumah transit kerana ia bermaksud golongan itu sudah boleh berdikari dan program latihan itu berjaya. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: gelandangan , KKLW , perjanjian pemantauan

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan