Perbuatan Sabotaj Sistem Imigresen Berlaku Sejak 2010

Diterbitkan: Khamis, 26 Mei 2016 9:39 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kegiatan mensabotaj pelaksanaan Sistem Imigresen Malaysia (myIMMs) di Jabatan Imigresen didapati berlaku sejak tahun 2010, kata Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Datuk Sakib Kusmi.

Beliau berkata demikian semasa dihubungi Bernama ketika diminta mengulas mengenai myIMMs yang dipercayai mempunyai unsur sabotaj seperti yang dinyatakan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pada Isnin lepas.

Sakib berkata:"Aktiviti mensabotaj sistem myIMMs berlaku semenjak 2010 dan telah sampai ke tahap yang serius yang memerlukan tindakan yang tegas."

Pihak imigresen telah mengenal pasti individu-individu yang terlibat namun siasatan masih diteruskan dan akan diumumkan apabila tiba masanya, katanya.

Tanpa mendedahkan jumlah individu yang terlibat dalam kegiatan itu, Sakib berkata Jabatan Imigresen akan mengambil tindakan berdasarkan peraturan-peraturan yang ditetapkan bagi penjawat awam dan akta-akta yang bersesuaian sekiranya tindakan mereka didapati boleh menjejaskan keselamatan negara.

Beliau berkata Jabatan Imigresen bersama Polis Diraja Malaysia sedang bekerjasama menjalankan siasatan bagi membanteras aktiviti mensabotaj sistam myIMMs ini.

Selasa lepas, satu pasukan petugas yang diketuai Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN) Datuk Seri Alwi Ibrahim telah ditubuhkan untuk menyiasat pelaksanaan sistem myIMMs.

Alwi berkata pasukan itu kini dalam proses mengumpul dokumen berkaitan bagi mengenal pasti kelemahan pelaksanaan myIMMs.

Dalam LKAN 2015 Siri 1 menyatakan myIMMs yang dibangunkan bagi menyokong operasi utama Jabatan Imigresen kurang memuaskan dan menyebabkan objektifnya terjejas.

Menurut laporan itu, kemudahan biometrik myIMMs bernilai RM10.3 juta telah dibekalkan dan dibayar, tetapi tidak dipasang dan diguna pakai di pintu masuk negara bagi tujuan penyaringan dan pengesahan identiti warga asing dan juga rakyat Malaysia.

Tags / Kata Kunci: myIMMs , Jabatan Imigresen , Sakib Kusmi

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan