Peningkatan Suhu Di Cameron Highlands

Diterbitkan: Khamis, 26 Mei 2016 7:30 AM

(Ubah saiz teks)

EKSKLUSIF

PETALING JAYA: Kadar pemanasan di Cameron Highlands kini semakin cepat dan ia diburukkan lagi oleh El Nino sejak awal tahun ini.

Peningkatan suhu akan memberi kesan kepada ladang-ladang sayur di Cameron Highlands yang mengeluarkan 600 tan metrik sayur-sayuran setiap tahun.

Akibat daripada itu, pengurangan berlaku daripada sudut kualiti dan kuantiti.

Selain itu aspek pelancongan di Cameron Highlands juga akan terjejas.

Bermulanya La Nina pada akhir tahun ini akan membawa peningkatan kadar hujan sebanyak 10 peratus hingga 15 peratus namun ia mungkin membawa kepada tanah runtuh terutama di sekitar kawasan sayur-sayuran yang akhirnya akan memusnahkan hasil tanaman.

Kadar haba pada separuh pertama tahun ini akan menyebabkan tanah menjadi longgar dan kering yang akan menyumbang kepada hakisan lebih teruk semasa hujan lebat.

Pakar iklim, Prof Datuk Dr Azizan Abu Samah berkata pemanasan global telah menyebabkan kenaikan 0.5°C suhu di seluruh dunia sepanjang dekad yang lalu.

"Tetapi lebih daripada pemanasan global, ia (peningkatan suhu) adalah disebabkan oleh keadaan di Cameron Highlands itu sendiri.

"Ia menunjukkan kadar suhu 0.2°C hingga 0.3°C lebih tinggi daripada pemanasan global," katanya dalam satu temu bual.

"Beberapa tempat seperti Ringlet, mungkin lebih ketara," kata Prof Azizan.

Tambah beliau data suhu di Cameron Highlands dalam tempoh 20 tahun yang lalu menunjukkan bahawa peningkatan ini disebabkan oleh perubahan guna tanah.

Katanya pokok-pokok adalah "penghawa dingin" semula jadi.

"Daun adalah pemantul yang baik. Manakala hutan juga pemantul yang lebih baik berbanding ladang sayur-sayuran," katanya.

Prof Azizan berkata, undang-undang untuk memastikan pembangunan yang seimbang di Cameron Highlands sudah ada tetapi tiada pihak yang menguatkuasakannya.

"Jika kita mampu untuk menguruskan pembangunan dengan baik, kita boleh menikmatinya. Tetapi kita tidak boleh terlalu tamak," katanya.

Presiden Kesedaran Alam Sekitar Cameron Highlands, R. Ramakrishnan berkata peningkatan suhu juga disebabkan oleh penggunaan plastik meliputi rumah hijau yang digunakan oleh petani.

Ditanya jika penanaman semula hutan di tanah yang digondolkan secara haram boleh membantu memulihkan suhu, Ramakrishnan berkata kedudukan tinggi akan melambatkan kadar pertumbuhan pokok.

"Kami mengambil masa 16 tahun untuk menanam semula pokok di kawasan seluas 50 ekar di Gunung Brinchang, namun ia sepatutnya hanya mengambil masa lima tahun di kawasan tanah rendah."

Tags / Kata Kunci: Cameron Highlands , El Nino

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan