Pendedahan Media Bongkar Kegiatan Sabotaj MyIMMs - Berita Semasa | mStar

Pendedahan Media Bongkar Kegiatan Sabotaj MyIMMs

Diterbitkan: Khamis, 26 Mei 2016 7:42 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pendedahan media membawa kepada pembongkaran kegiatan mensabotaj pelaksanaan Sistem Imigresen Malaysia (myIMMs).

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamisi yang juga Menteri Dalam Negeri berkata unsur sabotaj terhadap sistem itu tidak dapat dikesan selama beberapa tahun.

"Tiada siapa yang tahu mengenainya. Ia hanya terbongkar selepas dibangkitkan pihak media," katanya selepas mempengerusikan Majlis Sumber Air Negara di bangunan Parlimen di sini Khamis.

Ahmad Zahid berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kenyataan Ketua Pengarah Imigresen Datuk Sakib Kusmi bahawa perbuatan sabotaj berlaku sejak 2010.

Dalam perkembangan berasingan di Putrajaya pada Khamis, Ahmad Zahid berkata polis menahan kira-kira 100 individu termasuk pegawai Jabatan Imigresen.

Jelas beliau, pegawai berkenaan ditahan bersama ahli sindiket susulan siasatan dan pemantauan kegiatan itu sejak tiga bulan lalu.

Difahamkan, majoriti pegawai Imigresen yang itu ditahan adalah berpangkat rendah yang bertugas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang.

Tags / Kata Kunci: sabotaj , MyIMMS , Ahmad Zahid Hamidi , media
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan