Pelan Tindakan Pembiayaan Politik Dikemuka Ogos Ini

Diterbitkan: Khamis, 26 Mei 2016 6:35 PM

Paul Low.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pelan tindakan pembiayaan politik berintegriti akan dikemukakan kepada kerajaan pada akhir Ogos ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Paul Low berkata Jawatankuasa Konsultatif Nasional Mengenai Pembiayaan Politik (JKNMPP) akan menghantar pelan tindakan itu kepada Kabinet sebelum ia dibawa ke Parlimen.

"Pada peringkat akhir merangka pelan itu, rundingan dengan parti politik akan dilakukan untuk mendapatkan maklum balas.

"Pelan ini terdiri daripada undang-undang yang sewajarnya, peraturan dan sokongan institusi bagi mentadbir dan memantau pematuhan kepada mekanisme pembiayaan yang telus dan berintegriti," katanya kepada jawapan bertulis kepada Nga Kor Ming (DAP-Taiping) pada Khamis.

Low menambah sebarang penambahbaikan dan pengubahsuaian kepada undang-undang berkaitan dengan pembiayaan politik akan dibentangkan di Parlimen selepas kajian terperinci mengenai setiap syor jawatankuasa itu.

Jawatankuasa itu ditubuhkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada tahun lalu selepas kekecohan mengenai laporan sebanyak RM2.6 bilion dimasukkan ke dalam akaun peribadi beliau.

Najib kemudian menjelaskan bahawa wang tersebut merupakan sumbangan politik dan menubuhkan jawatankuasa itu bagi memastikan sistem yang lebih telus untuk mengelakkan kekeliruan pada masa hadapan.

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan