Parlimen Lulus Pelaksanaan Awas - AES, Sistem Mata Demerit

Diterbitkan: Khamis, 26 Mei 2016 11:59 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Rang Undang-Undang (RUU) Pengangkutan Jalan (Pindaan) diluluskan bagi membolehkan pelaksanaan Sistem Kesedaran Keselamatan Automatik (Awas) - gabungan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) dan Sistem Pemberian Mata Demerit Kesalahan Jalan Raya (Kejara).

Timbalan Menteri Pengangkutan Jalan Datuk Abdul Aziz Kaprawi semasa sesi ucapan penggulungan di Parlimen berkata saman AES sebelum ini masih lagi sah.

"Bagaimanapun kementerian itu akan mencadangkan kepada Kabinet agar diskaun antara RM100 dan RM150 diberikan," katanya ketika menjawab soalan Anthony Loke (DAP-Seremban).

Beliau berkata AES di 14 lokasi akan terus beroperasi seperti biasa dengan saman akan dikeluarkan kepada pesalah trafik.

Loke juga bertanya mengenai pihak yang akan menguruskan sistem kamera AES kerana sebelum ini ia dikendalikan dua syarikat swasta – Beta Tegap Sdn Bhd dan ATES Sdn Bhd.

Dalam jawapannya, Abdul Aziz berkata kamera itu akan diletakkan dibawah seliaan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Menurut beliau, kementerian itu juga akan meneliti cadangan Datuk Othman Aziz (BN-Jerlun) untuk mempunyai mekanisme di mana pesalah boleh menyemak mata demerit mereka secara dalam talian.

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan