MyIMMs: Pegawai, Anggota Imigresen Terlibat Akan Dibuang Kerja

Diterbitkan: Khamis, 26 Mei 2016 9:11 PM

Sakib Kusmi.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pegawai dan anggota Jabatan Imigresen yang disyaki mensabotaj Sistem Imigresen Malaysia(myIMMs) boleh dikenakan tindakan disiplin termasuk dibuang kerja.

Ketua Pengarahnya, Datuk Sakib Kusmi berkata pihaknya sedang menjalankan siasatan dalaman bagi mengenal pasti jumlah petugas jabatan itu yang terbabit.

"Kita akan melihat seberat mana kesalahan dilakukan sebelum mengambil sebarang tindakan terhadap mereka ini," katanya ketika dihubungi Bernama, di sini, Khamis.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bahawa kira-kira 100 individu termasuk pegawai Jabatan Imigresen disiasat kerana disyaki terbabit dalam mensabotaj pelaksanaan Sistem myIMMs.

Ahmad Zahid, yang juga Menteri Dalam Negeri, berkata pertugas Jabatan Imigresen yang disiasat terdiri daripada pegawai pertengahan dan kakitangan sokongan yang berkhidmat antara satu dan lima tahun.

Sementara itu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan membantu Jabatan Imigresen mempertingkatkan kawalan di pintu masuk negara sehingga myIMMs ditambahbaik.

"Kita akan bantu Imigresen ketatkan kawalan di pintu masuk negara manakala risikan akan dipertingkatkan," katanya yang enggan mengulas lanjut apabila ditanya kemungkinan terdapat warga asing yang dikehendaki telah menyelinap masuk ke dalam negara ini.

"Biar kita siasat puncanya dahulu," katanya.

Dalam Laporan Ketua Audit Negara 2015 Siri 1, menyatakan sistem myIMMs yang dibangunkan bagi menyokong operasi utama Jabatan Imigresen kurang memuaskan dan menyebabkan objektifnya terjejas.

Menurut laporan itu, kemudahan biometrik myIMMs bernilai RM10.3 juta telah dibekalkan dan dibayar, tetapi tidak dipasang dan diguna pakai di pintu masuk negara bagi tujuan penyaringan dan pengesahan identiti warga asing dan juga rakyat Malaysia. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: myIMMs , Sakib Kusmi , Jabatan Imigresen , sabotaj

iklan

Video

Khamis, 24 Ogos 2017 3:30 PM

Ebba Tak Minat Jadi Jurutera

Khamis, 24 Ogos 2017 12:38 PM

Wan Sharmila Kena 'Badi' Cinta

Khamis, 24 Ogos 2017 9:00 AM

Susunan Lagu Dari Sweden Gagal Takluk Persis

Rabu, 23 Ogos 2017 3:00 PM

Shuib Sepahtu 'Kuat' Cari Duit!

Rabu, 23 Ogos 2017 12:00 PM

Ayda Jebat Impi 'Mata' Tercalon Anugerah

Rabu, 23 Ogos 2017 9:00 AM

Keghairahan Shahrol Shiro Makan Diri?

Selasa, 22 Ogos 2017 12:00 PM

Sakan! Shiha Zikir Kini Hidup Mewah

Selasa, 22 Ogos 2017 9:00 AM

Tania Hudson Tak jangka Kembali Aktif

Isnin, 21 Ogos 2017 9:00 AM

#BiziBody: Syafiq Kyle Pentingkan Penampilan

Kolumnis

iklan

Iklan