Latihan 'Tepuk Tangan' Kepada Guru Hanya Sekadar Gurauan - Berita Semasa | mStar

Latihan 'Tepuk Tangan' Kepada Guru Hanya Sekadar Gurauan

Diterbitkan: Khamis, 26 Mei 2016 4:56 PM

Gambar hiasan.

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Mesej arahan latihan tepuk tangan setiap hari kepada guru di negeri itu yang menjadi viral hanyalah sekadar gurauan yang sengaja diperbesarkan.

Malah mesej tersebut dikatakan dihantar oleh Pengarah Pendidikan Negeri, Shafruddin Ali Hussin pada Selasa meminta video 'sesi latihan' itu dihantar kembali kepadanya.

Mesej itu muncul selepas ucapan Hari Guru peringkat negeri pada Selasa apabila Menteri Besar Ahmad Razif Abd Rahman mengulas mengenai kekurangan semangat yang ditunjukkan oleh guru apabila mereka bertepuk tangan.

Ahmad Razif memberitahu The Star bahawa sebahagian daripada ucapannya itu hanya bersifat gurauan dan perkara itu tidak sepatutnya diperbesarkan.

Katanya, beliau juga bekas guru dan guru yang menghantar majlis tersebut merupakan rakan-rakannya.

"Ia hanyalah gurauan semata-mata. Saya tidak pernah terfikir isu itu akan diperbesarkan," katanya.

Shafruddin pada Khamis enggan memberikan sebarang komen mengenai perkara itu.

Beliau didakwa menghantar mesej itu ke kumpulan sembang WhatsApp yang terdiri daripada 81 orang.

Namun hanya lima sekolah berkata mereka mengikut arahan tersebut.

"Kami tiada pilihan. Ia arahan dan kami perlu menurut perintah," kata seorang guru yang enggan dikenali.


   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan