Kenal Pasti Punca Ibu Bapa Jauhi Sekolah Kebangsaan - Ku Nan

Diterbitkan: Khamis, 26 Mei 2016 8:00 AM

Gambar hiasan.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seorang menteri bingung dan tertanya-tanya mengapa semakin ramai keluarga daripada pelbagai etnik tidak berminat menghantar anak-anak mereka ke sekolah kebangsaan.

Dalam membangkitkan perkara ini, Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor atau lebih dikenali sebagai Ku Nan menggesa Jabatan Pelajaran Wilayah Persekutuan untuk mengenal pasti punca di sebalik trend ini.

"Kita mesti mengenal pasti mengapa kaum Cina gemar menghantar anak mereka ke sekolah rendah Cina.

"Bahkan beberapa keluarga Melayu turut menghantar anak-anak mereka ke sekolah ini atau memilih sekolah swasta.

"Pada masa lalu, ramai ibu bapa memilih sekolah kebangsaan. Namun kini kebanyakan keluarga kaum Cina dan Melayu lebih suka menghantar anak-anak mereka di sekolah vernakular," katanya ketika berucap pada majlis penyampaian anugerah kecemerlangan di SM Tinggi Setapak pada Rabu.

Tengku Adnan berkata guru besar dan guru sebagai pendidik perlu mengadakan mesyuarat untuk membincangkan perkara ini.

"Situasi pada hari ini adalah sekolah kebangsaan tidak menjadi pilihan utama. Jadi mesti ada masalah di mana-mana.

"Adalah menjadi harapan kerajaan untuk melihat anak-anak kita belajar bersama-sama di sekolah kebangsaan," katanya.

Tengku Adnan mengakui bahawa dasar pendidikan semasa dan sukatan pelajaran boleh dijadikan sebagai salah satu punca.

"Mungkin ibu bapa tidak berpuas hati dengan sistem atau model pendidikan sedia ada. Oleh itu kita perlu melakukan perubahan yang sewajarnya.

"Kita mesti mengenal pasti apa yang rakyat mahukan dan merasai denyut nadi mereka," katanya.

Timbalan Menteri Pendidikan II, Chong Sin Woon bersetuju sambil menambah sebanyak 20 peratus murid-murid di sekolah Cina terdiri daripada kaum lain.

"Di Sabah, ia lebih tinggi daripada 40 peratus," katanya ketika dihubungi.

Chong yang juga Ketua Pemuda MCA berkata wujud trend di kalangan ibu bapa muda yang menghantar anak-anak mereka ke sekolah lebih berdaya saing.

"Kami melihat peningkatan pelajar bukan sahaja di sekolah Cina tetapi sekolah swasta dan antarabangsa," katanya.

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan