Rugi RM1.8 Juta Akibat Kecurian Air

Diterbitkan: Rabu, 25 Mei 2016 9:53 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) menanggung kerugian air tidak berhasil (NRW) sebanyak RM1.821 juta akibat kecurian air dari 1 Januari sehingga 24 Mei.

Jumlah tersebut diperolehi daripada 261 notis yang dikeluarkan bagi kes kecurian air di Kuala Lumpur, Selangor dan Putrajaya melibatkan penggunaan air sebanyak 587,011.67 meter padu.

Ketua Jabatan Komunikasi Korporat Syabas, Amin Lin Abdullah berkata daripada 261 notis, 172 adalah untuk kegunaan domestik manakala 89 lagi kegunaan komersial.

"Kami menerima sejumlah 2,034 aduan tahun ini dan daripada jumlah itu 2,016 kes yang disiasat, 261 disebabkan kecurian air.

"Ini boleh dilihat sebagai satu peningkatan berbanding 2015 yang merekodkan kerugian NRW sebanyak RM7.3 juta dengan 997 notis dikeluarkan sepanjang tahun itu.

"Pampasan yang dikumpul daripada notis dikeluarkan pada 2015 adalah sebanyak RM76,757.55 dan RM74,972.70 pada tahun ini.

"Syabas mempunyai pasukan penyiasat yang pakar dalam kes kecurian air untuk mengesan aktiviti haram," kata Amin Lin dalam sidang media pada Rabu selepas operasi bersama Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) untuk memotong sambungan paip haram di tapak pembinaan sebuah pangsapuri 35 tingkat di Taman Sri Rampai, Wangsa Maju di sini.

Beliau berkata pemaju didakwa memasang sambutan batang paip sebelum meter air Syabas supaya separuh daripada penggunaan air itu tidak direkodkan pada meter tersebut.

Tags / Kata Kunci: Syabas , kecurian air

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan