SK, SMK St.George (M) Akan Dipindahkan

Diterbitkan: Rabu, 25 Mei 2016 8:53 AM

(Ubah saiz teks)

BALIK PULAU: Kementerian Pendidikan telah memperuntukkan tanah di Pondok Upeh dan Titi Teras bagi menempatkan SK dan SMK St.George di sini, di Balik Pulau.

Pengarah Pendidikan Negeri Shaari Othman berkata sekolah tersebut pada masa ini ditempatkan di sekeping tanah milik sebuah gereja yang meminta tanah mereka dikembalikan menjelang 2018.

"SK St. George akan dipindahkan ke Pondok Upeh sementara SMK St.George dipindahkan ke Titi Teras, katanya kepada pemberita selepas sambutan Hari Guru Barat Laut di sini, Selasa.

Kebanyakan ibu bapa bimbang proses pemindahan sekolah itu tidak dapat disempurnakan mengikut jadual.

Namun, anggota Parlimen Balik Pulau, Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya yang juga alumni sekolah tersebut memberi jaminan tidak ada yang perlu dibimbangkan oleh kerana kementerian berkenaan berjanji menyiapkan tempat baharu mengikut jadual.
Tags / Kata Kunci: SMK St.George , Shaari Othman

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan